Ahad, November 15, 2009

KUIN akan menjadi 'UNIVERSITI', Takbeerr!!





Mohd Shubihi Muhamad Zain

ALOR SETAR, 14 Nov: Kerajaan negeri Kedah sedang berusaha untuk menaiktarafkan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) menjadi sebuah universiti yang bertaraf profesional.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pelajaran, Koperasi Negeri, Datuk Haji Mohamed Taulan Mat Rasul berkata demikian ketika merasmikan Majlis Pecah Tanah Bangunan Baru Asrama Sekolah Integrasi Faizin (SAIF), 12 November lalu.

Taulan berkata, pada tahun ini KUIN telah memulakan pengambilan pelajar untuk pengajian kejururawatan dan ekonomi selain daripada pengajian asasnya sebelum ini.

Menurutnya, kerajaan juga sedang berusaha untuk mewujudkan pengajian kedoktoran dan undang-undang supaya keluaran KUIN akan mencangkupi semua bidang pengajian.

Jelas beliau lagi, kampus induk KUIN akan dibina di Kuala Ketil bagi menampung keperluan pelajar-pelajar di negeri ini yang berkelayakan menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi dengan kos yang paling minima.

--------------------- yusz felda :

"mudah-mudahan jadi universiti.. itu perjuangan lama kata 'orang rumah'.. lepasan Insaniah.. kalau jadi universiti.. dok bawah Pakatan Rakyat pula.. alamat bertambah lagi cendekiawan Islam untuk membantu agama di M'sia ini.. orang UMNO pun hantaq anak-anak ke Insaniah tapi tak faham-faham agama juga.. orang Perlis sama juga.. kuat UMNO.. tapi hidup melarat.. tak faham agama juga... "

Tiada ulasan: