Ahad, November 22, 2009

Felda Umas, Tawau : Agihan Sumbangan Program Kebajikan Pas Kawasan Tawau/Kalabakan kali pertama 15/11/09 (Ahad)

Penerima ke 9 dan yang terakhir.. En. Hasanudin.. orang kuat masjid.. tinggal di Felda Umas bersama iparnya... kelihatan Cikgu Kadarisman menyampaikan sumbangan...


Penerima ke 8, En. Mustain (warga Indonesia) namun bekerja keras membantu pihak masjid dalam kerja-kerja pendawaian elektrik, membersihkan masjid dan sebagainya.. kini beliau, isteri dan 2 anak dan Hj Helmi tinggal dalam satu rumah dengan mereka...


Hj Helmi, penerima ke 7, warga Indonesia, bangsa jawa, kuat masjid.. kuat berzanji.. tidak dilupakan.. kelihatan Hj Norbin menyampaikan sumbangan 10kg beras dan 2 kg gula..


Adik makmun bin Ishak.. anak yang difahamkan ditinggalkan bapa sejak kecil.. ibunya kini menjanda.. mereka tinggal di tanah Felda yang namanya difahamkan masih nama bekas suaminya... Pn. Mariani membesarkan anak-anak tanpa kewangan yang kuat.. difahamkan RM100 sahaja diberikan suaminya dalam 1 bulan...


Inilah wajah rupa rumah Pn. Mariani, penerima ke 6.. tinggal di rumah ini selepas rumah asal mereka dijilat api pada tahun 2009 ini.. bomba tak sempat memadamkan kebakaran, apatah lagi 1 jam perjalanan bomba Tawau ke Umas... :(


Anak arwah En. Irandah mewakili ibunya yang terlantar di hospital, penerima ke 5.. rumah mereka masih rumah asal yang diberikan Felda dulu.. macam mana mau ubah, urus pinjaman.. mak ayah uzur.. :( * harap anak-anak arwah kuat semangat


Penerima ke 4, En. Musallam (Philipina) dengan isteri dan anak-anak tinggal di sini.. sumbangan yang tak mengira bangsa ini bertujuan mendekatkan hati muallaf ini dengan Islam dan pihak komuniti Umas... bayangkan saiz rumah yang kecil (saya agak- 5m x 15m) memuatkan 6-7 orang.



En. Musallam.. penerima ke 4.. menerima sumbangan dari Cikgu Kadarisman...


Penerima ke 3, En. Tarmizi... di hadapan berandah rumahnya (rumah bekas peneroka)... bersama isteri dan anak-anaknya.. bagus orang ni... muallaf tapi kuat ibadat insya allah...

En. Tarmizi menerima sumbangan daripada Cikgu Kadarisman... kelihatan majlis ceria sekali...


Pemandu lori buah Hj Norbin, penerima ke 2.. menerima sumbangan daripada Cikgu Kadarisman dan diperhatikan oleh Hj Norbin yang kelihatan gembira..

Inilah dia wajah pimpinan Pas Kaw Kalabakan/Tawau.. tak ada masalah jika Pas memerintah.. ini ruang utama masuk ke rumah kongsi buruh di TSQ, Felda Umas... inilah warga Indonesia.. datang ke M'sia namun, mereka tidak lupa diri.. bekerja mencari rezeki untuk diri di sini dan keluarga di Indonesia sana.. tabik la!


Adik Alice, penerima pertama dari 9 penerima untuk agihan Felda Umas dalam Program Kebajikan M/kat Pas Kaw Tawau (15 November 2009 lalu) .. penyampaian dilakukan di hadapan Masjid Umas...

SEMOGA IBADAT INI AKAN BERTERUSAN DEMI PERPADUAN DAN KEINDAHAN ISLAM DI BUMI UMAS.. AMEENNN..

T/KASIH PAS KAWASAN TAWAU!

Tiada ulasan: