Rabu, November 25, 2009

Royalti Petroleum, KU Li setuju bersama Pakatan Rakyat sertai kaukus khas parlimen!




Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 24 Nov: Ahli Parimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju untuk bersama pakatan Rakyat dalam Kaukus Khas Parlimen berkaitan royalti petroleum.

Ketua pembangkang di parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu memaklumkan perkara itu mencadangkan agar Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus berkenaan.

"Saya dimaklumkan oleh Tengku Razaleigh, beliau setuju bersama dengan kaukus petroleum,"

"Kita (Pakatan Rakyat) cadangkan Tengku Razaleigh mempengerusikan kaukus ahli-ahli parlimen ini," katanya katanya dalam satu sidang media selepas mesyuarat Pakatan Rakyat di parlimen petang tadi.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh yakin Tengku Razaleigh dapat membuktikan pentafsiran yang tepat berhubung perkara itu memandangkan beliau merupakan bekas Pengerusi Petronas.

Menurut Anwar juga, kaukus berkenaan akan turut memanggil wakil dari parti komponen Barisan Nasional termasuk negeri-negeri pengeluar petroleum.

"Kita akan mencadangkan supaya kaukus ini mewakili semua parti dan kita akan menjemput wakil Umno, MCA dan lain-lain selain Pakatan terutamanya negeri-negeri-negeri pengeluar minyak iaitu Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak," ujarnya.

Anwar juga memberitahu, beliau akan memaklumkannya kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Muhammad Nazri Aziz yang menyelia hal parlimen.
---------------------------------------------

Ku Li setuju ketuai kaukus bincang royalti petroleum di Parlimen (bharian.com.my)

25/11/09

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju mempengerusikan kaukus petroleum bagi meneliti rang undang-undang mengenai petroleum yang akan dibentangkan dan dibahaskan pada sesi Parlimen kali ini.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata beliau dimaklumkan Razaleigh, bekas Menteri Kewangan mengenai persesetujuannya untuk bersama kaukus itu.

"Saya dimaklumkan oleh beliau (Tengku Razaleigh) bahawa beliau setuju bersama kaukus ini dan kita cadangkan kaukus ini mewakili semua parti.

----------------------------------- yusz felda :

" satu langkah yang profesional dan matang, KU LI tidak sembunyi fakta dan ilmu sekurang-kurangnya bersama Pakatan Rakyat untuk diskusi isu royalti minya.,. bukan sahaja untuk rakyat Kelantan, tetapi di sebalik itu ianya untuk hak rakyat di seluruh Malaysia.. ia isu keadilan.,.. harap teman-teman di Sabah, Sarawak dan lain-lain negeri yang berkaitan ambil peka isu berat ni.. kerana UMNO boleh rompak segalanya dari tangan kita..


Tiada ulasan: