Selasa, November 17, 2009

TGNA PM Malaysia ke 7? Takbeer!

NIK AZIZ BAKAL PM MALAYSIA KE 7

1) Jika Pakatan Rakyat diluluskan pendaftarannya oleh ROS (Pendaftar Pertubuhan), maka Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat akan menjadi Pengerusi Pakatan Rakyat yang pertama.

2) Jika Anwar Ibrahim terlepas dari sabitan kes liwat terbarunya, maka beliau akan dilantik sebagai Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Jika Pakatan Rakyat berjaya dalam PRU ke 13 nanti, maka Anwar akan dilantik sebagai PM ke 7 Malaysia.

3) Jika Anwar Ibrahim disabitkan kesalahan meliwat dan Pakatan Rakyat menang dalam PRU ke 13, maka jawatan Perdana Menteri Malaysia ke 7 akan ditentukan semula oleh Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat.

4) Oleh kerana Tuan Guru Nik Aziz telah berjaya memerintah Kelantan untuk sekian lamanya, maka beliau adalah calon yang paling layak dari segi pengalaman dan kredibiliti untuk menjadi PM Malaysia ke 7
-----------------------

yusz felda :

ambo sokong.. tak der masalah.. tak ada yang minta jawatan, apa salahnya.. penting..
orang ramai nak! beyeh!

Tiada ulasan: