Orang Sabah, Sarawak perlu diberi peluang
KOTA KINABALU 7 Nov. - Kakitangan awam dari Sabah dan Sarawak perlu diberi peluang dan kepercayaan untuk memegang jawatan tinggi dalam agensi atau jabatan Kerajaan Persekutuan bagi membolehkan mereka memberi sumbangan lebih berkesan kepada negara.
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Joseph Pairin Kitingan berkata, penyertaan kakitangan awam dari dua negeri itu amat sedikit sedangkan mereka mampu memainkan peranan yang besar.
"Pelantikan ini amat penting bagi memastikan input dan sumbangan idea dari Sabah dan Sarawak terutamanya berkaitan program pembangunan dapat disesuaikan mengikut keperluan kedua-dua negeri berkenaan.
"Saya mohon Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi Jawatankuasa Kabinet Mengenai Hal Ehwal Pembangunan Sabah dan Sarawak dapat meneliti dan memberi perhatian serius terhadap perkara ini," katanya ketika berucap pada Kongres PBS ke-24 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di sini malam ini.
Turut hadir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan menteri-menteri Kabinet negeri dan para pemimpin parti komponen Barisan Nasional (BN).
Katanya, penjawat awam dari Sabah dan Sarawak perlu ditempatkan dalam kementerian atau jabatan penting seperti kewangan, pelajaran dan di Unit Perancang Ekonomi (EPU).
Menyentuh isu kemudahan asas di negeri ini, Pairin berharap kerajaan akan memberi peruntukan lebih kepada Sabah dan Sarawak melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).
Timbalan Ketua Menteri Sabah itu berkata, keadaan dan keperluan kemudahan asas di dua negeri tersebut amat mendesak berbanding negeri lain.
----------------------- yusz felda :
emm.. bagus dah perjuangan pemimpin Sabah ni... tapi.. rasanya bila dah diberi, wujud ketirisan.. nak kenyangkan perut belaka puak-puak ni.. last-last orang Kalabakan dok macam tu.. orang Semporna macam tu la.. mai la tengok Sabah.. takkan K'jaan Pusat biar begitu sahaja???
DUIT DAPAT, KEMANA LESAP?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan