Khamis, November 05, 2009

Isu Dr. Mohd. Asri- Mantan MB Perlis buat repot polis..

Shahidan buat laporan polis berhubung isu Dr Asri

(bharian.com.my)

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim, membuat laporan polis berhubung memorandum Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM) dan kenyataan seorang pegawai kanan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) berhubung isu bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin.


Shahidan membuat laporan itu di Balai Polis Kangar.

Ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan itu, Shahidan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tambun Tulang mendakwa memorandum PGSM kepada Yang di-Pertuan Agong itu telah menjejaskan nama baik Perlis.


Memorandum bertarikh 12 Oktober itu antara lain menyebut pendekatan ekstrem Dr Mohd Asri telah mengudang pelbagai akibat dan keresahan di kalangan umat Islam seluruh negara khususnya di Perlis dan menjadi punca kepada beberapa kejadian pergaduhan.


Penolong Pengarah ILIM, Zamihan Mat Zain Al Ghani, dalam kenyataannya, pula mendakwa Dr Mohd Asri memalsukan kelayakannya dalam bidang syariah di peringkat ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Bahasa Arab/Syariah daripada Universiti Jordan.

Shahidan berkata, beliau membuat laporan itu kerana pelantikan Dr Mohd Asri sebagai Mufti Perlis dilakukan ketika beliau menjadi Menteri Besar Perlis. - Bernama

-------------------------- mahkamah-aakhirat :

- wah wah.. bukan setakat orang biasa.. artis.. mantan Ketua Menteri Sarawak, mantan MB Perlis, bahkan Sultan Selangor sendiri dijangka akan menerima mengadap JAIS untuk mendengar kisah sebenar melibatkan isu nasional ini.. semuanya kerana sayang dan hormati ust Asri.. apa pun, Ust Zamihan dipertikai kerana mendakwa sijil Ust asri adalah palsu ketika di Jordan emm.. kita tunggu pula komen Ust Zamihan.. harap-harap baguslah semuanya... kita doakan dunia kembali aman...

Tiada ulasan: