Yusz Felda :
Kasihan Tok Guru.. orang lain orang boleh fitnah.. tapi TGNA jangan hangpa main-main.. orang baikk-baik memang lagu tu... ada yang tak puas hati, dengki.. bila Allah beri rezki, sedang TGNA jaga agama Allah... orang lain? dah la tak jaga Islam, dengki.. 'ada kait dengan rasuah'? Na'uzubillah min zalika... -------------------------------------
Harakahdaily |
KOTA BHARU, 13 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat membatalkan hasratnya untuk menunaikan haji ke tanah suci 18 November ini.
Menurut laporan beberapa blogger Kelantan, Nik Aziz mengumumkan perkara itu sewaktu menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, Kota Bharu pagi tadi.
Perkembangan terbaru itu didakwa ada kaitan dengan serangan pihak tertentu yang mempolemikkan tajaan untuk beliau mengerjakan haji.
Namun difahamkan, Nik Aziz tidak menyatakan sebab sebab pembatalannya itu dan hanya menyatakan beliau dan menantunya telah di fitnah dan di khianati.
Nik Aziz sebelum ini dilaporkan mengakui menerima pembiayaan untuk menunaikan ibadah haji bernilai RM65,000 selama dua minggu.
PAS kelantan sebelum ini mempertahan Nik Aziz yang menerima tajaan tersebut kerana menganggapnya biasa berlaku kepada orang alim dan guru-guru pondok di negeri itu.
Mereka juga yakin, tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang membangkitkan isu itu adalah sekadar mencari modal politik. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan