Cabul dua anak dipenjara 60 bulan(UTUSAN.COM.MY)
KUALA LUMPUR 17 Nov. - Seorang bapa yang bertopengkan syaitan tergamak menjadikan bilik mandi rumahnya sebagai tempat untuk melepaskan nafsu serakah terhadap dua orang anaknya.
Ketika anak-anaknya yang berusia sembilan dan 11 tahun mandi pada Jun dan Julai lalu, bekas tentera berusia 37 tahun itu mengambil kesempatan mencabul mereka.
Menurut fakta kes, selepas memaksa anaknya yang berusia 11 tahun menghisap kemaluannya, 'haruan' itu telah menyuruh mangsa mandi semula.
Waktu itu, dia sekali lagi mengambil peluang meraba payu dara anaknya ketika menyabun mangsa.
Hari ini, lelaki tersebut dijatuhi hukuman penjara 60 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini bagi setiap dua pertuduhan mencabul kehormatan kedua-dua anaknya itu.
Majistret Nor Azah Kasran memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan serentak mulai tarikh tangkapan pada 9 November lalu setelah dia mengaku bersalah atas dua tuduhan tersebut.
Bagi pertuduhan pertama, dia yang pernah berkhidmat dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selama sembilan tahun didakwa mencabul anaknya berusia 11 tahun kira-kira pukul 2 petang, pertengahan Jun lalu di bilik mandi rumah mereka di Sentul di sini.
Dia mengulangi perbuatan kejinya itu ke atas anak perempuannya berusia sembilan tahun pada Julai lalu di tempat yang sama.
------------------ yusz felda :
"selagi M'sia tak guna hukum Jenayah islam, selagi itu mak bapak tak akan sayang anak-anak, percayalah... mungkin akan ada lagi yang pelik?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan