Mangsa banjir kilat di Jeddah cecah 106
(bharian.com.my 30/11/09)PENDUDUK terperangkap dalam banjir yang melanda Jeddah. Jurucakap Arab Saudi berkata, pada 26 November lalu, 77 orang terkorban dalam tragedi banjir yang melanda Jeddah dan persekitaran, ramai lagi yang menghilang. Kebanyakan mereka yang terkorban terperangkap dalam kenderaan dan bas. - Foto AFP |
Kebanyakan maut nahas, jambatan runtuh
DUBAI: Angka kematian berikutan banjir kilat melanda bandar pelabuhan Jeddah minggu lalu dilaporkan meningkat kepada 106 orang manakala 1,400 mangsa yang lain diselamatkan pihak berkuasa.
Banjir melanda pelabuhan berhampiran Laut Merah itu Rabu lalu selepas hujan lebat melanda Arab Saudi yang disifatkan paling lebat dalam tempoh beberapa tahun.
Kebanyakan mangsa mati akibat lemas atau terbunuh berikutan jambatan runtuh dan kemalangan kereta.
Bagaimanapun mereka yang terkorban tidak membabitkan jemaah yang menunaikan haji di Makkah kira-kira 80 km dari Jeddah.
Menteri Kesihatan Arab Saudi, Abdullah al-Rabeeah, berkata lima orang terkorban akibat virus H1N1 pada musim haji ini.
Pakar kesihatan akan menggunakan pengalaman musim haji tahun ini untuk mengawal penularan selesema itu pada perhimpunan lain seperti pertandingan bola sepak Piala Dunia tahun depan. � Reuters/AP
---------------- yusz felda : memangf akhir zaman, pelik-pelik.. mati mengejut.. antara pelik.. macam mana tak terkejut,., tiba-tiba jambatan runtuh.. nak selamat diri macm mana.. kasihan.. INNA LILLAH.. yakinlah.. kematian akan berlaku di mana sahaja..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan