Khamis, November 05, 2009

Rasuah : 6 Didakwa- ada BN ada PR? he he...

ARKIB : 04/11/2009

6 didakwa rasuah


Abdul Rahman Bakri, Yap Soo Sun, Wong Chuan How, Mohd. Yahya Mat Sahri


SHAH ALAM 3 Nov. – Ahli Parlimen Sabak Bernam, Abd. Rahman Bakri dan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Selangor kawasan Teratai, Yap Soo Sun dihadapkan di dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan rasuah membabitkan lapan dan tujuh tuntutan palsu bagi program-program yang tidak dijalankan pada tahun lalu.

Sementara Rosli Busro, pembantu khas Abd. Rahman dan bekas pembantu khas Soo Sun, Mohd. Firdaus Abu Zarin pula didakwa bersubahat melakukan kesalahan-kesalahan tersebut.

Abd. Rahman, 44, didakwa menggunakan surat ADUN Sungai Air Tawar yang mengandungi butiran palsu berhubung pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan bagi lapan program dalam kawasan tersebut yang tidak dijalankan untuk mendapatkan peruntukan sebanyak RM80,000.

Program tersebut ialah Program Motivasi Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Jamuan Meraikan Pelajar Cemerlang SPM, PMR dan UPRS.

Ia turut melibatkan Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Kumpulan Rukun Tetangga (RT), Program Forum Perdana, Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi serta Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga Guru-Guru Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).


Rosli Busro, Mohd. Firdaus Abu Zarin


Sementara Soo Sun, 43, pula didakwa menggunakan dokumen permohonan pengeluaran peruntukan ADUN yang mengandungi butiran palsu bagi mendapatkan peruntukan sebanyak RM70,000 untuk tujuh program yang tidak dijalankan.

Program tersebut melibatkan Program Mesra Rakyat Sambutan Hari Thaipusam di Taman Putra, Taman Pandan Perdana, Taman Bukit Segar Cheras Hartamas dan Taman Bukit Teratai serta Program Mesra Rakyat Sambutan Tahun Baru Cina di Taman Bukit Cheras Hartamas, Taman Putra dan Taman Bukit Teratai

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukan di Pejabat Daerah Hulu langat, pada 10 Mac 2008.

Sementara Rosli, 41, dan Mohd. Firdaus, 41, pula didakwa mengikut Seksyen 11(c) akta sama dan dibaca bersama Seksyen 20(1)(c) akta tersebut bagi kesalahan bersubahat melakukan semua pertuduhan yang dihadapi oleh ketua masing-masing.

Pendakwaan dikendalikan dua Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhajaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dan Roziza Sidek manakala keempat-empat tertuduh diwakili barisan peguam diketuai oleh Datuk Salehuddin Saidin.

Kesemua kes itu akan disebut semula di dua Mahkamah Sesyen itu pada 14 Disember
ini
.----------------------- yusz felda :

macam mana jika perasuah banyak di m'sia? hakim pun pening laaa...

Tiada ulasan: