Suami isteri peragut, merekrut 14 ahli baru ditahan
(utusan.com.my 25/11/09)
KUALA LUMPUR 24 Nov. - Tanda tanya tentang kehidupan sepasang suami isteri yang nampak senang meskipun tidak bekerja terbongkar apabila ditahan polis kerana melakukan jenayah ragut dan seluk saku, Sabtu lalu.
Tambah mengejutkan pasangan berusia 32 dan 37 tahun itu yang aktif melakukan jenayah tersebut di sekitar Sentul sejak lima bulan lalu turut merekrut 14 ahli baru.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa berkata, sehubungan itu, polis kini memburu ahli-ahli baru tersebut yang masih bebas.
Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan setelah pihaknya mengintip pergerakan mereka ekoran lapan kes berkaitan ragut yang dilaporkan baru-baru ini.
Beliau berkata, ahli-ahli itu akan diarah untuk mengenal pasti mangsa di terminal bas seperti Puduraya, Hentian Putra atau pasar raya dan berpura-pura menghulurkan bantuan sebelum meragut.
''Sasaran utama kumpulan ini juga ialah wanita yang dilihat bersendirian,'' katanya.
Difahamkan, rata-rata ahli yang direkrut baru sahaja tiba di ibu negara dan masih lagi mencari pekerjaan.
-------------------- yusz felda : gila-gila.. parah la macam ni... apa nak jadi dengan polis? kerja keras.. sebab? sebab undang2 M;sia tak ikut Islam.. itu sahaja punca..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan