Kes liwat Anwar ditunda lagi?
KUALA LUMPUR 1 Feb. - Perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula esok mungkin ditunda lagi kerana Mahkamah Tinggi di sini perlu mendengar terlebih dahulu permohonan beliau untuk menangguhkan perbicaraan.
Meskipun telah berkali-kali tertangguh sejak Julai tahun lalu, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu seperti terdesak mahu menangguhkan lagi perbicaraan yang dijadualkan didengar oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah selama sebulan.
Kali ini Anwar memberi alasan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk membatalkan pertuduhan liwat itu masih belum didengar oleh Mahkamah Rayuan.
Mahkamah Rayuan sehingga kini belum menetapkan tarikh pendengaran rayuan Anwar yang tidak berpuas hati dengan keputusan Hakim Mohamad Zabidin menolak permohonannya untuk membatalkan tuduhan liwat pada 1 Disember tahun lalu.
----------------------
mahkamah-akhirat : alhamdulillah.. ini 1 antara jutaan alasan mengapa BN/ UMNO akan jatuh pada p/raya akan datang... selain isu KU LI sokong Royalti buat Kelantan.. selain DS Nizar kemungkinan diisytihar MB Perak yang sah.. selain percakaran dan pertelingkahan dalam komponen BN.. selain indeks rasuah dan jenayah meningkat zaman PM.. kehilangan enjin pejuang F5.. maka kes Fitnah DS Anwar menyumbang ke arah kebangkitan Pakatan! BN merancang agar DS Anwar masuk penjara.. apakah DS Anwar ditahan di penjara, Pakatan Rakyat akan lemah? itu rancangan makhluk bernama BN.. Kita ada Allah.. kita seiring dengan kehendak Allah... insya allah, Allah akan membantu kita.. ameeennn...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan