Keluarga dua beranak maut H1N1 dikuarantin
Oleh Amir Mamat
amirapis@bharian.com.my
2010/04/05
Pejabat Kesihatan Jasin diarah pantau kebersihan kawasan rumahJASIN: Keluarga dua beranak yang meninggal dunia selepas disahkan dijangkiti wabak Influenza A (H1N1) kelmarin, dikuarantin sementara di rumah mereka di Batu 14 Jalan Jasin, Merlimau dekat sini, bagi mengelakkan wabak itu merebak.
Akhbar ini semalam melaporkan, Maimunah Dimah, 54, meninggal dunia pada Rabu lalu sebelum diikuti anak keduanya, Sumarni Md Nor, 30, Jumaat lalu akibat dijangkiti wabak H1N1.
Lebih menyedihkan keluarga terbabit apabila Sumarni tidak sempat untuk melihat anak kecil yang baru dilahirkannya, empat hari lalu kerana terpaksa ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka selepas tidak sedarkan diri sejurus menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayinya
----------------------
Anak dah menjadi yatim.. lahir tanpa ibu.. Apa pun, ingatlah.. Allah Maha Besar! Allah berkuasa menjadikan sesuatu.. pasti itu yang terbaik.. :)
yusz : sedih shekh..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan