Jumaat, April 30, 2010

Perdebatan kisah remaja 15 tahun ditembak. Bagus baca! (web Yb Khalid Samad)!

Wednesday, April 28, 2010

Keadilan Untuk Aminulrasyid

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis. Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali masyarakat tempatan.

Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun. Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asr telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan. Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudianya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, “dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri”. Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan ‘stay low profile’. Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka. Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi “seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam….sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun….suspek kedua berjaya melepaskan diri..”

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ. Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan. Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas. Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.
Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :-

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.
2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.
3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya. Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.

WaLlahu 'Alam
KHALID SAMAD

32 comments:

Anonymous said...
Salam YB, mana Cina DAP, kenapa sengap bila budak MElayu kena tembak, kalau Cina atau India kena tembak dia orang akan buat bising dulu, NIamah
raj raman said...
What kind of human being the law enforcer trying to show? When the government UMNOoo killing this beautiful country slowly,their partner in crime "The Law Keeper" killing our future generation at sight. rajraman.May his soul rest in peace. We can be racial but can't be racists. Tq.
kpasu guy said...
Takhziah untuk keluarga adik Aminulrasyid. Mengalir air mata mendengar penjelasan ini. Sungguh sayu dan hiba.
Anonymous said...
1. lihat daripada perspektif kedua-dua belah pihak baru buat keputusan atau rumusan . ia menjadi seseuatu yang pra matang dalam keadaan sekarang kerana melibatkan pelajar sekolah / berumur dalam lingkungan 15 tahun. 2. memang keluarga yang kematian anak akan mempengaruhi sedikit sebanyak andaian kita berkaitan perilaku si anak / siarwah 3. sisastan hendaklah dilakukan juga ke atas kereta yang didakwa telah bergesel dengan kereta arwah di tempat yang diperkatakan sama ada benar berlaku pergeselan dan kesan daripadanya. 4. siasatan juga hendaklah dilakukan ke atas " rasa bimbang dikejar motosikal " seperti yang didakwa saksi / kawan arwah 5. pandangan pihak polis dalam hal ini juga perlu diambil kira .... dalam keadaan biasa tembakan tidak akan dilepaskan begitu sahaja . 6. polis tidak tahu yang dalam kerera itu siapa / umur berapa / .... dalam keadaan sebegini siapapun perlu berwaspada ... polis telah memberikan amaran / kejar ... tak berhenti ... kenapa tak berhenti ... lihat situasi dipihak polis 7. pelajar sekolah keluar dari rumah dan mungkin tak balik ke rumah pada pukul dua pagi .... balik ke arah rumah hanya kerana rasa takut akibat dikejar kereta / motosikal .... lihat situasi yang tak sepatutnya dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 ( lihat perspektif pelajar biasa di sebuah sekolah pada pukul 2 pagi dia buat apa ) 8. kejadian ini boleh dielakkan jika arwah dan rakannya berhenti semasa mendengar siren polis dan keluar daripada kenderaan .... paling berat akan ditahan kerana enggan berhenti dan berakhir dengan tangkapan dan dibawa ke balai polis .... ketika ini baru keluarganya tahu bahawa arwah telah ditangkap polis / bukan mati ditembak polis .... ada kebarangkaliannnya. dll jangan buat keputusan / tuduhan daripada sebelah pihak sahaja. jangan samakan sesuatu kes dengan kes pembunuhan yang lain ... kalau sama senang aja polis buat kerja dia .... anda ahli politik jangan terlalu biasa dengan anggapan / pendapat separuh masak ... belajarlah menjadi seorang yang berilmu.... jangan jadi ahli politik totok biarkan saksi memberi keterangan barulah buat keputusan
HambaAllah said...
"Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah." 1. Mengikut logik, jika anda memakai tali pinggang keselamatan, adakah badan arwah boleh jatuh ke riba penumpang sebelah seperti yang dikatakan oleh sahabat arwah? Jika tidak memakai tali pinggang, sudah tentu boleh. 2. Jika tidak memakai tali pinggang, badan arwah sepatutnya telah tercampak keluar akibat impak daripada melanggar tembok rumah seperti yang didakwa. Atau adakah arwah sempat menekan brek untuk mengurangkan impak daripada pelanggaran? Itu saja persoalan daripada saya. Ingin membuktikan kesahihan apa yang dilaporkan oleh si sahabat :)
zuhairy said...
Kita tak tau apa yang sebenarnya berlaku lebih jelas. Tapi, klu sekadar budak 15 thn tu, tak sepatutnya menggunakan pistol sebagai penyelesaian... Lain la klu budak tu berbalas tembakan dgn pihak polis.. Siasat, jangan tak siasat. Justice for all!
pria malaya said...
Keluarga Arwah Amirulrasyid dihina: "Mak bapak bengong..anak macam setan" - Forumer Umno http://ruangbicarapriamalaya.blogspot.com/2010/04/keluarga-arwah-amirulrasyid-dihina-mak.html
John said...
Bantu kami berkembang: Blog tuan/puan ini telah kami link di website kami (Bahagian Blogroll), harap tuan/puan dapat pertimbangkan dengan meletakan link kami pula di blog tuan/puan, mungkin membantu meningkatkan bilangan pembaca kedua pihak....Terima kasih http://mybloghub.my/
hamba ALLAH said...
salam... saya cuba buat ikut kronologi ya: =budak tingkatan tiga =keluar lewat malam (12++ tgh mlm) =ambil kereta kakaknya ketika semua sedang tidur *beberapa laman web berita mengatakan keluar untuk melihat perlawanan bola sepak =bergesel@eksiden dengan kereta mewah =panik, melarikan diri =memandu laju, berlanggar dengan kereta polis =arahan berhenti diabaikan ..... letakkan tuan berada di pihak polis peronda pada ketika itu, apa pandangan tuan apabila pada pukul 1.30 pagi ada kereta melanggar kereta peronda, terus memecut dan mengabaikan arahan berhenti? ya, melepaskan tembakan pastinya bukan pilihan... bagaimana dengan hal yang kita tidak tahu seperti, adakah kereta mangsa mirip dengan kereta suspek apa2 kejadian jenayah? saya sini bukanlah nk menyalahkan mana2 pihak, cuma saya tersinggung apabila ada pihak yang membuat kumpulan di facebook bermodalkan kejadian diatas...
Anonymous said...
I am deeply sadden and traumatised over the lost of yet another live caused by the PDRM. We must demand that the PDRM be accountable for this tragic incident. We condem the cruel lies by the PDRM. We condem the cruel irresponsible reporting by the TV station. We question the logic of the Women, Family and Community Development Minister, who said that parents must ensure their children are home at night to avoid harm from befalling them.Is she saying that we are now living in a terror state? It was the police who killed the boy! It was the police that makes our neibourhood unsafe? Is that what she was warning us, the parents? Our deepest sympathy to the family of Aminulrasyid, we know they are in deep pains. Can the PDRM feels the family grieving hearts with their brutal killing, collective lies and blatant distortion of facts?
lan said...
sejak kes TBH shah alam bukan lagi permai macam dulu =(
Administrator said...
Harap dapat link blog tuan dengan blog kami http://www.passhahalam.blogspot.com
shazz said...
Salam, Dalam kes Teoh beng Hock bukan main lagi biaDAP dan PAS dan PKR memperjuangkan kes ini walaupun sekali pandang memang nampak macam TBH ni bunuh diri. Takkan org SPRM nak bunuh dia di tempat mereka cari makan? fikirlah secara waras... Dalam kes Aminulrasyid, apasal biaDAP cina ni senyap jer? Sedarlah wahai PAS, PRK Hulu Selangor baru2 ni, org Melayu dah mula tak pangkah PR lagi walaupun calonya bukan Melayu... PAS perlu sedar bahawa kekuatan parti PAS hanya apabila BN lemah... tapi sebenarnya PAS tiada kekuatan apa2.
Anak Perelih said...
kalau ye pun rasa nyawa terancam sampai tembak... tapi takkan buat "throw out" kata ada parang dalam kereta dan kata mangsa ni penjenayah.... itu yang membuatkan keluarga mangsa sakit hati...
Anonymous said...
Yes we live in a police state..
Anonymous said...
Saya agk setuju dengan komen Hamba Allah di atas.. Hanya orang yang berada di tempat kejadian saja yg tahu apa yang terjadi...yang PASTI TUHAN tahu apa yang sebenar nya telah terjadi.. Jangan mudah menyalahkan mana-mana pihak. Jangan menilai sesuatu tanpa mempunyai ilmu/asas yang kukuh.. Well, tidak Semua polis itu "teruk" dan tidak semua " orang biasa" itu "baik".. Tiada yang sempurna.. Remember, We are living in a WORLD where MANIPULATION IS EVERYWHERE.. I appreciate YB Khalid's concern over the tragic incident.. it's a good thing to do to protect the main witness. N to whom it may concern: Please dont 'use' this unwanted tragic incident for political purposed. That's all. Tegakkan kebenaran untuk kebaikan bersama.
Noor Amin bin Ahmad said...
Tawfiq Noorzan yang OKU di Perlis pun mereka tembak mati juga YB!
Bunnies said...
From what you have blogged, it seem to me that the boy panicked because he had a little accident with a luxury car and got chased by motorbikes and lastly, bumped into a patrolling police car. If this is cronical of events, than the police will most likely not be blamed for shooting this boy. If you are a patrolling police office, what would it look like when you see a speeding car with a beat up backside in the dead of the night? What would it look like when you sound the siren and the car speed even more? Would you not think that this speeding car with a beat up backside is most definitely up to no good? Wouldnt you as a policemen give chase and try to bring the car to a stop to apprehend the driver, who by this time in your mind would most definitely be a criminal who might have a gun? If we are going to feel for the boy, we have to be fair and see it from the police point of view too. The thing here is if we are to blame someone, than we have to get the right one. But if we are not out to blame someone but just to find out what happened and how to avoid such incident, than we have to look at it from both side.. the boy's and his accomplice story and the police's. So, which are we looking for? If we are looking for someone to blame for this tragic episode, than the person to be blamed would be the boy himself. He is old enough to know right from wrong. He is old enough to know that he is REQUIRED to OBEY the laws. He is also old enough to shoulder his mistake and in this case, it is very heavy price to pay. The other person to blame would be his parents. He is afterall a minor and his guardian is fully responsible for his care and control. Why didnt his guardian, which in this case, is his mama instil in her son the right attitude and discipline? There is no excuse for his mama in this case. Spare the rod and spoil the child is classic here. Dont forget, he took the car when everyone is sleeping. He obviously already know how to drive (who taught him? Didnt his mama know that he can drive? Didnt she instill and drill into him that he is not allowed to drive?)and lastly, what is a teenager doing roaming the streets in the dead of the night? I am a mama myself and I know exactly where my child is at all times!! I will never allow my child to be roaming the streets especially in dead of the night without adult supervision. And yes, being teenager, they will rebel and try nonsense but if the discipline and upbringing is done right, such things are kept to the minimum! The thing is if we are not looking for someone to blame than we gotta look at both sides. The boy is most definitely very wrong here. The police's mistake was to assume that he is a criminal but than again, the police arguement would be, it happened during an ungodly hour, the car was speeding, it is all beat up, side and back.. after the siren was switched on, the car sped even more, there was a great big merry go round chase, after a few WARNING shots were fired, the car didnt stop.. continue to speed with a flat tire! WHAT DOES THAT LOOK LIKE? The police will argue that this boy got hit by a bullet that was meant to criple the car. In high speed chase, such things happen. That's why civillians are told to STOP when you are told to STOP and not speed off. The police will argue that they have no way of knowing whether it was a boy or a girl or an adult or a monkey behind those wheels. It is dark, it s high speed chase. What can you see? Seriously, what do you expect the police to do when they are in such situation.. chase after you and tell you in a gentle manner.."cik, cik,..tolongla berhenti?!" Be fair, police officers too have families at home waiting for them to come home safely. I feel for the boy and his family but this is something we all have something to learn from. For us who has kids, rebellious or otherwise, this is something we can share and educate our kids. I dont think we should blame anyone or try to pin the blame on anyone.. it is pointless. We should all learn from this!
azmie sek 17 said...
salam yb saya berharap sgt yb jangan politik kan isu ini dan jgn kaitkan dgn kes2 lain..yb perlu rasional dan fahamkan kedua2 situasi remaja2 bkenaan n polis pada masa tersebut..kita pun amat tkejut dgn kjadian tsebut dan sgt bersimpati dgn kluarga mangsa..kalau yb nak menolong gunakan saluran yg tidak mengelirukan pmikiran org ramai..tolong la jgn kaitkan dgn org umno atau org2 yg tak sealiran dgn yb dan sy pecaya org2 umno berusaha utk mmbantu dan bukan krn politik milleage.
Zala Wajik said...
betul ke apa yang rakan mangsa cakapkan?
Fawzia said...
YB Khalid, I find it very hard to understand your article. The translation is so bad that it leaves the reader more confused. If you want more people to read your blog in English, change your translator.
DK said...
"6. polis tidak tahu yang dalam kerera itu siapa / umur berapa / .... dalam keadaan sebegini siapapun perlu berwaspada ... polis telah memberikan amaran / kejar ... tak berhenti ... kenapa tak berhenti ... lihat situasi dipihak polis" - Arwah aminul tidak mempunyai lesen dan sangat ketakutan kerana telah bergesel dengan kereta lain. Tiba2 polis mengejarnya. Lihat situasi di pihak mangsa. "7. pelajar sekolah keluar dari rumah dan mungkin tak balik ke rumah pada pukul dua pagi .... balik ke arah rumah hanya kerana rasa takut akibat dikejar kereta / motosikal .... lihat situasi yang tak sepatutnya dilakukan oleh pelajar tingkatan 3 ( lihat perspektif pelajar biasa di sebuah sekolah pada pukul 2 pagi dia buat apa )" - Ini cuma perspektif anda. Di sini anda memberi andaian bahawa semua pelajar sekolah tidak balik ke rumah pada pukul 2 pagi. Adakah semua pelajar sekolah adalah sama? Adakah mereka semua tidur pada waktu itu? Lihat perspektif pelajar yang sangat meminati bola sepak yang ingin menonton perlawanan bola sepak di luar bersama2 rakan2 nya. "8. kejadian ini boleh dielakkan jika arwah dan rakannya berhenti semasa mendengar siren polis dan keluar daripada kenderaan .... paling berat akan ditahan kerana enggan berhenti dan berakhir dengan tangkapan dan dibawa ke balai polis .... ketika ini baru keluarganya tahu bahawa arwah telah ditangkap polis / bukan mati ditembak polis .... ada kebarangkaliannnya." - Kejadian ini juga boleh dielakkan sekiranya polis menyoal siasat terlebih dahulu sebelum melepaskan tembakan. Ada kebarangkaliannya. "jangan buat keputusan / tuduhan daripada sebelah pihak sahaja. jangan samakan sesuatu kes dengan kes pembunuhan yang lain ... kalau sama senang aja polis buat kerja dia .... anda ahli politik jangan terlalu biasa dengan anggapan / pendapat separuh masak ... belajarlah menjadi seorang yang berilmu.... jangan jadi ahli politik totok " - Jangan samakan anda dengan mangsa. Sekiranya anda ialah mangsa, mungkin anda akan membuat seperti apa yang anda katakan seperti tidak keluar pada pukul 2 pagi, berhenti apabila dikejar polis dll. Belajar menjadi seorang yang mampu menerima bahawa setiap orang adalah berlainan. Jangan samakan semua orang dengan anda. "letakkan tuan berada di pihak polis peronda pada ketika itu, apa pandangan tuan apabila pada pukul 1.30 pagi ada kereta melanggar kereta peronda, terus memecut dan mengabaikan arahan berhenti? ya, melepaskan tembakan pastinya bukan pilihan..." -Arwah Aminul tidak mempunyai senjata, adakah dia patut di tembak? "bagaimana dengan hal yang kita tidak tahu seperti, adakah kereta mangsa mirip dengan kereta suspek apa2 kejadian jenayah?" - Adakah sekiranya kereta mangsa mirip dengan kereta suspek apa2 kejadian jenayah membolehkan pihak polis melepaskan tembakan kepada mangsa? "saya sini bukanlah nk menyalahkan mana2 pihak, cuma saya tersinggung apabila ada pihak yang membuat kumpulan di facebook bermodalkan kejadian diatas." - Adakah salah membuat kumpulan di facebook bermodalkan kejadian ini? mengapa anda patut tersinggung?
Anonymous said...
Asskum Yb. Saya cuma nak berkongsi pandangan dgn Yb. Pada masa kejar mengejar antara pihak polis dan orang yg melarikan diri (OMD), pada waktu malam yg kurang cahaya kebiasaannya polis akan berhadapan dgn situasi sukar ie adakah OMD itu org dewasa, remaja, kanak2, penjenayah, org takda lesen, @ orang tak siuman, @ org tsbt mempunyai s/api @ senjata biasa. Pada pandangan saya keupayaan utk mengenali mereka dr segi umur, bangsa, siapa dan apa ada adalah memerlukan keputusan yg sangat pantas. Saya mencadangkan agar anggota kereta peronda ini diber latihan khusus/khas utk perkara ini. Jika tidak polis akan ditembak @ polis akan menembak org tak bersalah. Saya percaya anggota polis tidak akan menembak jk mereka tahu dalam kenderaan itu ada pelajar sekolah berumur 15th @ ting.3, Saya percaya kejadian ini berlaku dgn tdk sengaja akibat dr kurang keupayaan penglihatan waktu malam hari dan kurang latihan. oleh sebab itu siasatan oleh polis perlu berjalan spt biasa, jgn tertekan. Mana bersalah perlu dihukum setakat mana kesalahan wujud.
MAN BLACK said...
1.Katalah budak 15thn polis tersalah tembak...mengapa? 2.Temannya dalam keadaan trauma boleh terlepas adakah sebab dia anak polis kalau anak orang lain tentu akan direman kot...betulkah? Tahukah kita semua incident seperti ini akan terus belaku dari masa kesemasa puncanya mungkin negara kita sudah tak selamat banyak kejadian jenayah....mengapa Banyak sangat punca2 yang boleh mengalakan lahirnya penjenayan yg ganas dimasa depan contoh; 1.ramai sangat pati yg di bawa masuk oleh orang2 tertentu sebab keuntungan.siapa orang ini sudah tentu orang macam ini juga di sebalik kegitan2 haram yang lain..rompakan,pelacuran,dadah..penyeludupan yg akhirnya kita tak dapat bendung lagi. 2.bila semuanya guna tenaga asing tentu ramai orang2 tempatan tidak ada perkerjaan...cara yg senang mereka akan libatkan diri dengan kegiatan jenayah,jual dadah,ragut,culik curi kereta motor peras ugut..siapakah mereka ini? 3.Perlu ada pemantauan tempat2 seperti pusat2 besi buruk ,pusat potong kereta,bengkel2 baiki kereta yg tersorok macam dekat usj sungai buluh atau kelang juga penarik2 kereta pusat2 mainan video, spa2 yg banyak sangattt 4.Perlu ada kerja sama dengan sekolah2 yg bermasalah displin. 5.Pantau semua contoh diatas dari awal2 lagi,dengan itu baru kita tahu yg mana orang jahat ,yg mana orang baik jadi kita pun taklah tergesa2 ambil tindakan yg salah.yalah takut kena tembak oleh orang jahat.. 6.apa sebab kita gagal buat pemantauan dari awal2 lagi supaya kita dapat kurangkan jenayah..buatlah kajian sikit 7.kitalah penyembab jenayah meningkat tulah kita saling curiga dan banyak melakukan kesilapan ...fikir fikirkan
bang_mi said...
tak pernah lagi dengar orang tercampak keluar kereta kalau berlanggar.. perlanggaran tidaklah kuat kerana yg dilanggar adalah objek statik.. dlm keadaan kereta yg telah ditembak tayarnya sesmestinya memberi impak kelajuan kereta.. dan pemanduan menjadi tidak stabil.. bila permanduan tidak stabil mana ada pemandu berani tekan minyak.. apatah lagi jika pemandu ditembak di kepalanya.. biasanya langgar tembok tidaklah seberat melanggar lori di atas jalan raya...
Anonymous said...
Al Fatihah utk adik Aminulrasyid. YB, Apakah coretan YB ini utk menjelaskan kepada kami bahawa Polis itu brutal? YB, Penjelasan YB itu adalah panjang lebar tetapi memberi implikasi bahaya kepada yg membaca tanpa mendengar kedua-dua belah pihak. YB, Mcm-mcm yg saya dengar cerita mengenai peristiwa ini. Lebih banyak ajinomoto drp cerita sebenar. YB, Biarkan pihak polis melakukan siasatan. Pendapat saya, polis melakukan tugasan yg betul. Cuma sedihnya adik Aminulrasyid menjadi mangsa yg tidak berdosa akibat kesilapat yg membawa maut. YB, Saya harap ulasan YB ini jgn di politikkan walaupun ianya nanti mampu memberi token kepada YB. YB, Kes TBH juga PR mengambil kesempatan. Berbagai cerita yg telah di dengari. Samada TBH di bunuh atau telah di bunuh. Semoga keluarga Allayarham Aminulrasyid bersabar.
Anonymous said...
http://www.malaysiakini.tv/video/19195/lge-tarik-balik-dakwaan-terhadap-aminulrasyid.html
Anonymous said...
Trust me, the cops shoot on their own will to exterminate the criminals. This was told to me by a young police patrol officer. If a police mobile patrol unit (MPV unit) on pursuit of a criminal who they believed 'are not worth to be left alive', they will alert the other patrol units to ambush the suspect at a remote area/junction where no one will be able to witness the ambush. If the suspect continues to run away, the police will give a chase and shoot the tyres to stop the speeding vehicle. After putting the vehicle to a halt, the suspect will be asked to step out of their vehicle. Usually the suspects are very afraid to attack against cops who outnumbered them, and they do surrender and walk out of their car peacefully. And since the cops believed that these criminals are not worth to 'be left alive', you know what happens next. These cops have all the machetes, pistols and weapons to be used for cover-up, and they will claim that the shootings are done as a measure of self protection against harmful attack by the suspects using the weapons mentioned. This is a real story that was told to me by a sergeant-ranked officer. I do really hope YB Khalid Samad will protect my identity and publish this story. I have no intention to make up stories.
Anonymous said...
"Anonymous said... Salam YB, mana Cina DAP, kenapa sengap bila budak MElayu kena tembak, kalau Cina atau India kena tembak dia orang akan buat bising dulu, NIamah APRIL 28, 2010 7:05 PM" Ini jawapan-nya: http://themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/61679-kit-siang-wants-to-know-why-boy-was-shot-from-the-back http://www.malaysiakini.tv/video/19195/lge-tarik-balik-dakwaan-terhadap-aminulrasyid.html http://blog.limkitsiang.com/2010/04/29/the-cry-“this-is-not-manchester-or-los-angeles-this-is-bloody-malaysia”-has-found-resonance-in-the-breasts-of-all-fathers-and-mothers-in-the-country-and-reflects-the-gravity-of-the-cr/ Mana Perkasa bila orang Melayu ditembak mati? kenapa sengap bila budak MElayu kena tembak?
Anonymous said...
As minority citizens are victims of police brutality on a daily basis, it does not stop there. The juveniles and lower class citizens are also victims of excessive force. The psychology of brutality was worse than the beatings. We're not anti-police... we're anti-police brutality.
Mr Justice said...
salam hamba Allah.. ya.. sy letak kan diri sy sebagai anggota polis yg terlatih.. sy akan hidupkan fungsi siren.. menghubungi rakan ronda yg lain.. didalam situasi ini.. banyak pilihan kita bleh buat.. blok laluan nya.. mengikuti trus laluan suspek.. sambil hubungi lagi rakan ronda yg lain.. tembakan amaran bleh dilepas kan.. ya.. tapi di udara..!! tembakan aras pada tayar atu kpd suspek adalah jalan pilihan terakhir.. itupun jika suspek menyerang menggunakan senjata.. yg bakal membahayakan diri atau org lain..!! walaubagaimanapun.. saya tetap menyanjungi angota2 polis yang berkhidmat mengawal keamanan... emosi perlu dijaga.. sabar serta tertib semasa menjalankan tugas perlu diserap.. inilah dinamakan.. kerana nila setitik.. rosak susu sebelanga..!! al-fatehah buat arwah aminul.. semoga roh nya berada dlm keimanan..!! amin..
master said...
Bila Pakatan Rakyat nak ambil alih pemerintahan negara? Dah teruk sangat dah ni..

Tiada ulasan: