Pening rakyat...
Mayat lelaki dtemui dalam kotak atas motosikal
18/04/2010 4:52pm
SHAH ALAM 18 April - Mayat seorang lelaki warga Myanmar dipercayai dibunuh ditemui dalam sebuah kotak yang diletakkan di atas motosikal di kawasan perindustrian kecil dan sederhana di Batu 9, Jalan Telok Batu, Seksyen 36 di sini hari ini.
Myint Shwe, 40, yang bekerja sebagai pencari plastik, besi buruk dan kotak dipercayai dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan perindustrian itu dan ditemui orang ramai kira-kira pukul 8.25 pagi ini.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Noor Azam Jamaluddin berkata, mangsa yang memegang status pelarian Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCHR) dipercayai dibunuh dengan senjata tumpul berdasarkan kecederaan di bahagian kiri kepala mangsa.
Katanya, mangsa meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. - Bernama
-----------------------------------
Yusz ulas : sampai bila jenayah sebegini akan berhenti.. pelancong dan pelabur berfikir 2,3x mau datang ke M'sia..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan