Selasa, April 13, 2010

Buang Bayi ketika berusia 19 tahun, bekas pelajar IPT mengaku salah tapi tidak 'dihukum mati' kerana...

Bekas Pelajar UiTM Mengaku Salah Buang Bayi Di Tempat Buang Sampah (bharian.com.my)
 
KUALA TERENGGANU: Seorang bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), Chendering, mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan membuang bayi, lebih dua tahun lepas.

Tertuduh Zarina Sulaiman, 21, dari Kampung Felda Cherul, Kemaman, mengaku melakukan perbuatan itu ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Mohd Yusoff Yunus.

Mengikut fakta kes, Zarina dituduh secara rahsia telah membuang mayat seorang bayi perempuan yang dilahirkan olehnya sama ada telah mati sebelum, semasa, atau selepas dilahirkan olehnya dan dengan sengaja telah menyembunyikan kelahiran bayi itu.

Dia dituduh melakukan melakukan perbuatan itu di Asrama Sutera UiTM Cawangan Chendering, Kubang Ikan, Chendering, dekat sini, antara 11 malam dan 12 malam, 29 Januari 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan, yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara sehingga dua tahun.
-----------------------
mahkamah : patutlah berani orang buang anak, hukuman tak 'mendidik' tetapi 'zalim'.. falsafah Hukuman Lord Reid jelas 'menghukum'.. bukan 'mendidik' seperti Islam.. tidak hairan, ada jalan keluar buang anak.. jika buang secara sembunyi-sembunyi @tuduhan secara rahsia - dipenjara sahaja 2 tahun.. emm..

Tiada ulasan: