Penulis blog (bersama Sdr Adri - kami mewakili Pas Sabah) bersama 10 ahli rombongan Misi Landau, Sabah ke KL (serah MEMO kepada PM) sebelum bertolak pada 12 April 2010 lalu.. mereka kembali ke Tawau pada 16 April 2010 dengan jayanya..
Felda Sungai Buaya
Nazri Abdullah |
HULU SELANGOR, 22 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal mengumumkan berita gembira kepada warga peneroka khususnya generasi kedua Felda Sungai Buaya berhubung isu kediaman mereka. Pengumuman itu dijangka dibuat Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim pada 24 April ini sempena Himpunan Generasi Felda Peringkat Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi. Program tersebut adalah anjuran Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Selangor. Pengerusi Anak, Mazlan Aliman (gambar) berkata, hasil pertemuan dengan menteri besar, kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah memberi respons positif dan akan mempercepat proses mengukur kawasan kediaman generasi kedua. "Kita akan dengar Menteri Besar (Tan Sri Khalid Ibrahim) buat pengumuman menggembirakan tentang perumahan ini. "Tidak syak lagi Selangor akan menjadi negeri pertama membuat perubahan ini,” katanya ketika ditemui di tapak himpunan tersebut semalam. Isu kediaman generasi kedua Felda adalah antara isu besar yang sedang diperjuang peneroka sejak lama dahulu. Dengan pengumuman yang akan dibuat itu katanya, nasib generasi kedua Felda akan lebih terbela dengan mempunyai kediaman sendiri. "Kami dah jumpa menteri, menteri besar bersilih ganti, namun tiada perubahan. "Namun sejak dua tahun Pakatan Rakyat perintah Selangor, kita lihat jauh lebih baik berbanding kerajaan BN," tambahnya lagi. Bidang kuasa tanah pula, katanya adalah di bawah kerajaan negeri, dan kerajaan Selangor juga sedang mengkaji status tanah di Sungai Tengi Selatan supaya diambil semula dari Felda Plantation dan diberikan kepada peserta supaya peneroka mendapat 10 ekar tanah dan kediaman mereka. ---------------------------------- RESPON : Tahniah bang Mazlan dan Ajk.. usaha Tuan dan rakan-rakan insya allah akan diberi pertolongan Allah walaupun difitnah macam - macam.. untuk makluman sidang pembaca, antara usaha ANAK ialah membawa peneroka Tanah Landau, Merotai Tawau, Sabah berjumpa speaker Datu Pandikar serta ahli parlimen... kembali mereka ke Tawau, syukur sangat-sangat dengan perubahan jiwa mereka yang kini berlapang dada menerima rentak Pakatan Rakyat yang bukan berpura-pura tetapi realiti di bumi nyata.. mereka terpesona dengan pemerintahan Kelantan di bawah Tok Guru Nik Aziz ketika berpeluanga dibawa ke Kelantan.. Nahh!! Ini yang BN bimbang ke ANAK.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan