Jumaat, April 30, 2010

Program kutu(di Sabah- disebut TARIKAN) anjuran syarikat tertentu melalui 'wang pos' SALAH!

SSM serbu tiga syarikat anjur program kutu

KUALA LUMPUR 29 April - Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) telah membuat serbuan serentak ke atas tiga buah syarikat perniagaan yang dipercayai menganjurkan program skim kutu menggunakan wang pos.

SSM dalam kenyataannya di sini berkata, syarikat-syarikat tersebut ialah Kristal Karisma Enterprise, World Heritage Resources dan Al Falah Global Resources dan disiasat di bawah Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971. 

"Siasatan dilakukan kerana para penganjur skim kutu tersebut telah melakukannya di bawah akta tersebut yang melarang mana-mana perseorangan, perniagaan atau syarikat daripada menganjurkan program itu,"

Tiada ulasan: