TIDAK BENAR KEMISKINAN PUNCA PENDERAAN |
Written by Admin |
Monday, 12 April 2010 20:26 |
Saudara Pengarang, SALAM tuan. Saya tertarik dengan berita "Benarkah Kemiskinan Di FELDA Punca Penderaan?" Jawapannya, TIDAK dan tidak tepat untuk menentukan kejadian itu berpunca daripada kemiskinan. Ada penderaan berlaku dalam kalangan orang berada (baca beberapa berita di seluruh negara). Saya mempunyai ramai keluarga menjadi peneroka di FELDA sahabat dan saya selalu berkunjung ke FELDA dan mendapati peneroka FELDA jauh lebih beruntung daripada keluarga yang tidak menjadi peneroka. Pendapatan mereka amat lumayan dengan segala kemudahan yang disediakan oleh FELDA dengan percuma. Saya mendapat tahu dan melihat sendiri apa yang berlaku dalam kalangan peneroka adalah kerana ramai peneroka lupa diri dan mengamalkan hidup yang kurang beretika. Ada peneroka MALAS hanya menjadi tuan tanah (Land Lord). Peneroka menjadi kaki judi dan kaki betina tidak kurang kaki botol. Intailah di Bandar Lahad Datu, di kelab-kelab perjudian, persundalan dipenuhi oleh peneroka FELDA selepas dapat duit. Ramai peneroka yang tidak pulang ke rumah berhari-hari kerana berjoli dan hanya pulang apabila wang sudah habis. Ini bukan auta tetapi fakta. Tidak tepat jika kes penderaan itu terus dikaitkan dengan pengurusan FELDA apabila menolak kajian kemiskinan yang dicadangkan oleh sebuah universiti. Kajian universiti semata-mata untuk melengkapkan tesis dan tugasan pelajar dan penolakan tersebut mungkin berkaitrapat dengan amalan prosedur dari pusat dan tidak relevan dengan situasi kejayaan FELDA sebenar. Sebagai peminat tetap Sabahkini.net, saya mencadangkan agar SK tidak hanya tahu mensensasikan berita tetapi lebih bertanggungjawab dan bukan hanya sebagai tukang petik cerita macam petik sayur terus digulai. Terima kasih, Abang Peneroka Felda Sahabat |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan