Khamis, April 29, 2010

384,000 HEKTAR TANAH PLANTATION FELDA DI SELURUH MALAYSIA.. BOLEH MENAMPUNG 84 RIBU PENEROKA BARU (GENERASI KEDUA) TUU..

sdr Mazlan dan pimpinan pas Pusat di Hulu Selangor baru-baru ini.. pelancaran Logo Rasmi ANAK.. 

 

Hashim Abdullah   
TEMERLOH, 29 April: Kerajaan negeri diminta menyemak semula terma-terma yang terkandung dalam Akta GSA 1960 bagi membolehkan tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations diambil kembali dan diisi bagi penempatan generasi kedua Felda. 
Perkara itu dibangkitkan Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) Mazlan Aliman dalam sidang media yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Pahang, di sini, hari ini. 

Menurut Mazlan, jika tanah-tanah yang diberikan kepada Felda Plantations seluas 384 ribu hektar seluruh negara ditempatkan peneroka, maka seramai 84 ribu anak peneroka akan dapat memperoleh penempatan dan pekerjaan di skim-skim Felda yang ditempatkan itu.

 “Anak akan menyerahkan memorandum kepada kerajaan-kerajaan negeri agar menyemak semula terma-terma yang terdapat dalam Akta GSA 1960 termasuk usaha mengambil balik tanah yang diberikan kepada Felda Plantations untuk diisi oleh anak peneroka. 

Tiada ulasan: