Khamis, April 29, 2010

Mati lagi 1 org tentera di Thailand! Bala atas kezaliman mereka sendiri...

Tentera, Baju Merah bertempurc (utusan.com.my)


Polis antirusuhan melepaskan tembakan ke udara bagi menyuraikan kumpulan Baju Merah yang berkumpul di lebuh raya dekat lapangan terbang lama di pinggir utara Bangkok, semalam. - REUTERS


BANGKOK 28 April - Tentera Thai melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan Baju Merah ketika berlaku ketegangan di sebatang lebuh raya di pinggir utara Bangkok, hari ini.

Penunjuk perasaan bertindak membaling batu ke arah anggota tentera dan polis yang menghalang konvoi Baju Merah yang sedang menuju keluar dari pusat bandar raya ini, selepas mereka berkampung di tengah kota Bangkok selama beberapa minggu bagi mengulingkan kerajaan.

Pasukan keselamatan telah bertindak melepaskan tembakan ke udara dan juga ke arah penunjuk perasaan Baju Merah.
Dalam kejadian itu seorang askar terbunuh dan 18 penunjuk perasaan cedera.

Ia merupakan korban terbaru dalam konflik politik di negara ini sejak Baju Merah melancarkan tunjuk perasaan sejak awal bulan ini yang menyaksikan 27 orang terkorban setakat ini dan hampir 1,000 yang lain cedera dalam konflik politik terburuk di negara ini dalam tempoh dua dekad.

Tiada ulasan: