Rosniza diperintah bela diri
|
|
PULAU PINANG 12 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan seorang ibu supaya membela diri terhadap tuduhan membunuh dua anaknya dengan menjerut leher mereka menggunakan wayar seterika, tiga tahun lepas.
Hakim Datuk Mohd Zaki Mohd Yasin membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.
Rosniza Ibrahim, 30, dari Kuala Kurau, Perak, menghadapi dua tuduhan membunuh anak-anaknya di rumah No 7216, Taman Indah, Lebuh Batu Maung 8, Bayan Lepas pada 18 Feb 2007.
Dia didakwa membunuh Muhamad Alif Hakimi Idris, 6, pada pukul 11 malam di rumah itu manakala Muhamad Alif Hazimi, 2, kira-kira 15 minit kemudian di tempat dan pada hari yang sama.
Tuduhan menurut Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.
Hakim Mohd Zaki berkata, berdasarkan keterangan saksi pendakwaan iaitu suami tertuduh, Idris Saidin dan jiran mereka, Rosniza adalah orang terakhir berada bersama dengan kedua-dua si mati.
-----------------------------
mahkamah : terbayang-bayang wajah si kecil yang mati dibuang- mati dibunuh- mati diminumkan klorox-mati disebabkan itu dan ini... pilu-sedih.. SAYA YAKIN, SATU SAAT NANTI HUKUMAN ISLAM AKAN DITEGAKKAN JUGA WALAUPUN TERPAKSA MENGORBANKAN NYAWA YANG MASIH MUDA.. BERBAHAGIALAH KAU WAHAI ADIK-ADIKKU BERSAMA BIDADARI SYURGA.. :0
Tiada ulasan:
Catat Ulasan