Rabu, April 21, 2010

Isu Datuk Zaid Ibrahim minum arak sebelum masuk PKR? Komentar...

Baik di Sabah, Sarawak atau Semenanjung Malaysia, arak, judi, maksiat bermaharajalela.. Pihak Berkuasa Tempatan(Majlis Perbandaran) di negeri yang diperintah BN hanya tahu halal haram ketika pilihanraya sahaja? Apakah tamat pilihanraya, maksiat akan diberi perhatian???
Hanya mereka tahu nak hentam Datuk Zaid sahaja.. UMNO yang mengajar ahli-ahlinya halal minum arak? Kalau tidak, mengapa lesen kedai arak, judi bebas diluluskan??? 
Lu pikir lah sendiri.. siapa yang pangkah BN dalam p/raya tumpang dapat SAHAM lah.. jangan buat tak tahu..

-------------------------------------

Angkasanuri   

Pilihanraya kecil Hulu Selangor menyaksikan pemimpin Umno menggunakan isu serangan peribadi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim.

Sama ada poster dan banner yang mengandungi gambar super impose dan juga yang keluar dari mulut pemimpin-pemimpin Umno dalam ceramah-ceramah mereka.

Apa yang menariknya dalam pilihanraya kecil kali ini Umno seolah-olah sudah insaf dan bertaubat bahawa arak dan judi adalah haram di sisi Islam.

Mungkin selepas ini tokey-tokey judi di Genting Higlands, syarikat empat nombor ekor dan sport toto mungkin akan berhadapan tindakan premis mereka akan ditutup.

Lesen-lesen judi yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini kemungkinan besar akan ditarik balik.

Begitu juga dengan syarikat dan kilang arak yang disokong dan diluluskan oleh pemimpin Umno di parlimen sebelum ini juga mungkin akan diarahkan tutup.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil tindakan menutup syarikat serta premis judi dan arak maka 'ulama-ulama' dalam Umno wajar menasihati pemimpin-pemimpin Umno agar cepat-cepat bertaubat kerana arak dan judi itu haram di sisi Islam.
----------------------------------------------------

Pas tetap sokong Zaid (bharian.com.my

2010/04/21

KUALA LUMPUR: Walaupun menyedari imejnya terjejas, Pas tetap menyokong calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang berdepan isu arak yang dihebahkan sepanjang kempen pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Setiausaha Agungnya, Datuk Mustafa Ali, berkata ini langkah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu bertaubat membuktikan tanggungjawabnya sebagai umat Islam sudah selesai. 
   

Tiada ulasan: