tanah peneroka
Nazri Abdullah |
HULU SELANGOR, 24 April: Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor telah melantik Datuk Zaid Ibrahim sebagai ketua task force khas memastikan semua peneroka di negeri ini mendapat hak milik ke atas tanah yang mereka terokai sejak sekian lama. Perkara itu diumumkan oleh Menteri Besar,Tan Sri Khalid Ibrahim sewaktu berucap menutup Himpunan Warga Felda Kebangsaan kali kedua di Felda Sungai Tengi, petang tadi. Beliau juga mengumumkan perlantikan ahli lembaga Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Mohamed Azmin Ali untuk menguruskan perumahan generasi kedua yang dirancangkan sebelum ini. "Kerajaan negeri Selangor berusaha membuat penempatan untuk generasi kedua Felda. Mengulas lanjut pemilihan Zaid beliau berkata, ianya dibuat bukan kerana Zaid menjadi calon Pilihan Raya Hulu Selangor, tetapi atas kepakaran dan pengalaman Zaid sebagai seorang peguam sebelum ini. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan