Khamis, April 29, 2010

Ya.. buktikan bahawa remaja 15 tahun tersebut suspek geng samun/penjenayah!

Mangsa tembakan polis... apa pun, dia antara rakyat M'sia yang perlu dibela.. :)


Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 29 April: Kerajaan digesa memohon maaf secara terbuka kepada keluarga arwah Aminulrasyid Hamzah, 15, ekoran kenyataan pihak polis yang mendakwa remaja adalah suspek geng samun.

Menurut Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar (gambar), Kementerian Dalam Negeri harus bertanggungjawab terhadap kenyataan pihak polis tersebut kerana telah mencemarkan imej mangsa dan keluarganya.

"Walau apa pun keputusan kabinet semalam, nama arwah dan keluarganya sudah tercemar, kononnya arwah ditembak sebab dia geng penyamun.

"Menteri Dalam Negeri sekurang-kurangnya kena minta maaf mewakili polis kerana mengfitnah arwah sekeluarga," jelas beliau kepada Harakahdaily pagi tadi.

Menurutnya, tindakan menyuarakan rasa simpati seperti yang dilakukan oleh Datuk Seri Noh Omar, adalah tidak memadai.

---------------------------
komen yusz : apakah kes ini akan menjadi basi lepas ni.. gah pada awal sahaja???

Tiada ulasan: