Jumaat, April 16, 2010

Dera sampai hati, tergamaknya manusia... Anak Cina jadi mangsa pula..

Budak mati ada 60 kesan dera

Oleh Norhashimah Mohd Radzali dan Nor Fariza Ramlan
bhnews@bharian.com.my
2010/04/16

PASANGAN yang disyaki mendera anak hingga mati  dibawa ke Mahkamah
 Majistret Petaling Jaya, semalam.
 
PASANGAN yang disyaki mendera anak hingga mati dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya, semalam.
Ibu, bapa tiri direman enam hari didapati positif ambil syabu

SERI KEMBANGAN: Polis mengesahkan ibu kandung dan bapa tiri kanak-kanak, Jasmine Lee Swee Hui, tiga tahun yang mati didera di Pangsapuri Bayu, Taman Bukit Serdang di sini, kelmarin, positif dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar, berkata pasangan suami isteri itu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes penderaan Lee bagaimanapun tidak mempunyai rekod jenayah.
“Mereka masih disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana disyaki mendera anak perempuan sehingga mati di rumah sewa mereka.

Keputusan bedah siasat dikeluarkan Hospital Serdang pagi tadi (semalam) mendapati mangsa mati akibat jangkitan kuman pada paru-paru,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya di sini, semalam.

Selain itu, bedah siasat juga menunjukkan ada 60 kesan cedera baru dan lama pada tubuh mangsa.

Tiada ulasan: