Rabu, April 14, 2010

Sdr Mazlan Aliman di Keningau 17 Mac 2010 lalu.. rangka misi menyelamat peneroka atau pekebun kecil Sabah

Mazlan Aliman di program PAS Keningau 17 Mac 2010 lalu.(blog paskeningau.blogspot.com)

Mazlan Aliman menerima memorandum daripada wakil DAP Keningau untuk diserahkan kepada pihak Kerajaan negeri Sabah.Turut kelihatan,Ketua Penerangan Negeri Sabah merangkap YDP PAS Keningau,Hisammudin Sulaiman dan juga Hj.Kathiran daripada pimpinan Pas Negeri Sembilan.

Mazlan Aliman menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Menteri Sabah.
 

Mazlan Aliman memberikan ceramah di program anjuran PAS Keningau.

Keningau,17 March 2010-Pas kawasan Keningau telah menerima kunjungan daripada saudara Mazlan Aliman yang merupakan Ahlijawatankuasa Kerja Pas Pusat bersama-sama dengan tujuh orang rombongan.
 
Saudara Mazlan dan rombongan datang ke Keningau setelah beberapa hari di Sabah,dengan menjelajahi beberapa daerah Sandakan,Lahad datu,Tawau dan seterusnya di Keningau.
 
Rombongan daripada semenanjung itu disambut oleh saudara Hisammudin Sulaiman,Ketua Penerangan Pas Sabah merangkap YDP Pas kawasan Keningau dan seluruh ahlijawatankuasa Pas kawasan Keningau.
 
Sesuai dengan gesaan ajaran Islam supaya menghormati tetamu,Pas Keningau telah memberikan khidmat terbaik kepada rombongan  dengan mengadakan program jamuan dan mereka ditempatkan di sebuah Home stay di Keningau ini.
 
Pada sebelah petang, diadakan perjumpaan dengan wakil DAP bertempat di rumah YDP Pas kawasan.Perjumpaan itu telah membuahkan hasil dengan wakil DAP Keningau telah memberikan satu salinan memorandum berkenaan hak milik tanah orang tempatan kepada Mazlan Aliman untuk dibawa kepada pihak kerajaan BN Sabah dan kepada Kerajaan Malaysia.
 
Sebelah malam pula,diadakan ceramah berkelompok dan aktiviti berdiskusi dengan masyarakat tempatan bertujuan  untuk mendengar pandangan mereka tentang perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.
 
Mazlan Aliman sendiri terlibat dengan kuliah maghrib dan seterusnya menghadiri program ramah mesra anjuran Pas Keningau.
 
Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Zulkifli Omar yang merupakan Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan,Hj.Kathiran yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya Negeri Sembilan merangkap YDP pas kawasan Jelebu,Hj Razman,Dr.Abu Bakar,Ust.Syukri Ahmad,Zulkifli abu Osman,dan saudara  Azmi.
 
Selepas program di Keningau berakhir,Mazlan Aliman dan rombongan  telah bergerak ke Kota Kinabalu untuk  menyerahkan  memorandum berkenaan tanah kepada Ketua Menteri Sabah tetapi disambut oleh wakil Ketua Menteri Sabah.
 
Program lawatan kerja  saudara Mazlan Aliman dan rombongan telah memberi impak besar kepada Pas Keningau khususnya, dan Pas Sabah amnya.Semoga aliran semangat perjuangan kental daripada pimpinan PAS ini akan memotivasikan jentera Pas Keningau.Takbir!


Dilaporkan oleh:

Lajnah Penerangan Pas Kawasan Keningau.
-----------------------------------
mahkamah : sengaja paparkan kepada pembaca blog agar mengetahui usaha PAS untuk menyelamatkan mangsa kezaliman dengan kekuatan tenaga dan RM yang terbatas.. insya allah.. kebenaran akan teserlah!

Tiada ulasan: