Khamis, April 29, 2010

Umno bawak masuk politik ke sekolah, masjid tak apa.. Adil begitu?

Yahoo!!, dalam sekolah sudah boleh masuk politik

Posted on Thursday, April 29 @ 01:18:03 MYT by ayahmat
Artikel
Oleh DR HJ MOHD HAYATI HJ OTHMAN Dalam perbahasan dalam Parlimen baru-baru ni, saya dah sebut pasal penyalahgunaan sekolah untuk aktiviti politik, dan kita kaur dengan peraturan yang dibuat oleh kementerian palajaran, tetapi na mpaknya mereka sendiri yang tak mahu akur dengan peraturan tersebut. 

Yang rakyat mushkil dan nak tahu adalah kenapakah masih lagi wujud aktiviti saperti ini dalam masyarakat pendidikan yang dikatakan moden dan maju ini. Apakah ini satu fenomena yang boleh kita ikut

Kalaulah ini perkara yang hendak kita terapkan dalam sekolah kita maka biarkan semua orang gunakan kemudahan tersebut kerana wang untuk membina sekolah adalah hasil wang rakyat yang dikutip dari cukai dan hasil mahsul negara dimana rakyat berhak keatas setiap sen wang tersebut, mereka yang memerintah hanya menjalankan amanah.

Apakah menggunakan dewan sekolah ini secara paksa keatas pengetua sekolah dan adakah pihak terbabit menyewa dewan tersebut atau hanya janji mulut lepas tu tuang begitu sahaja, kerana perkara ini pernah berlaku dan mungkin ianya terjadi ditempat lain.

Saya ingin juga bertanya kepada Pengetua lepas ni kalau parti yang memerintah Kedah nak gunakan dewan tersebut, bolehkah kita mendapat kebenaran Pengetua dan kami sanggup membayar sewa secara cash sebelum kami gunakan dewan.
Dalam perjumpaan dengan PIBG atau Guru-guru, menteri setiapkali menerangkan bahawa perkara politik jangan dibawa masuk kedalam sekolah, takut mengganggu pelajar dan tugas guru, tetapi dengan adanya sekian kali program sebegini, apakah ini bukan membawa politik kedalam sekolah. 

Kalau ini hasilnya dan diluluskan, maka alhamdulillah lepas ni ramai-ramai kita akan menyemarakkan sekolah dengan politik pula.

Siapa yang mempergunakan agama untuk politik atau mengguna agama untuk politik atau menaikkan agama dengan politik. Tolong hurai sat!!

Tiada ulasan: