Jumaat, April 16, 2010

Baca!!! TEKANAN MAKIN TERASA TANDA PAKATAN SEMAKIN KUAT! Ada SB mana repot ke Pengarah Pelajaran Sabah!!! (Blog sahabat saya matbulan.blogspot.com)


Seorang teman memaklumkan kepada aku pagi tadi bahawa ada seorang sahabat kami yang bertugas sebagai pendidik telah dipanggil untuk disoal siasat oleh pihak yang berkenaan kerana dituduh terlibat dalam penganjuran ataupun mengaturkan ceramah umum bersama Pimpinan DAP YB Lim Kit Siang.

Pegawai yang menyiasat memaklumkan bahawa siasatan terpaksa dijalankan kerana mereka mendapat arahan daripada ibupejabat di KK.Pegawai di KK pula memaklumkan yang mereka telah menerima 'complain' dari BN sabah agar sahabat kami ini diambil tindakan kerana kononnya bersekongkol dengan Pembangkang!

Peh!! nampaknya..BN sabah dah mula takut dengan Pakatan Rakyat! Bila mereka sudah mula usung kertas bantahan ke sana sini,itu bermakna mereka dah mula risau dengan sokongan yang orang Sabah bagi dekat Pakatan Rakyat!

Tapi camana pula mereka tahu yang rakyat Sabah dah mula sokong Pakatan Rakyat? Bn main hentam saja kah? Woo..tidak...tidak...Mereka bukan saja-saja nak buat benda tu...Tapi tentulah mereka telah dapat maklumat dari para SB,para pemberi maklumat mereka,dari hasil kajian yang mereka buat yang menunjukkan bahawa sokongan rakyat Sabah sudah mula beralih arah!!

Apa buktinya? salah satunya ialah apabila mereka melihat penduduk Merotai daripada suku kaum Iban berbondong-bondong datang ke Ceramah Umum yang dianjurkan PAS baru-baru ni di daerah Merotai!! tak pernah lagi dalam sejarah Merotai...orang Iban datang ke Ceramah PAS!! Sebab tu mereka dah mula menggelabah...Benda ni tak boleh dibiarkan kata BN Sabah.. 

Ni baru buat bantahan...lepas ni dorang akan mula gila arah polis pula ambil tindakan....kesian abg-abg polis kita..tak pasal-pasal dorang kena pi tangkap orang yang tidak bersalah..pi tangkap orang yang memperjuangkan hak dan keadilan yang dianjurkan Islam..pi tangkap golongan yang lemah,tertindas dan yang dizalimi... 

sedangkan mereka tahu golongan yang dizalimi ni dimakbulkan doanya oleh Allah SWT..tak pasal-pasal mereka pula yang diaminkan supaya dilakhnat oleh ALLAH SWT...Kesian abang polis kita...
Sebahagian daripada masyarakat suku kaum Iban yang hadir ke ceramah PAS..
Rakyat mula memberi sokongan,ni lah yang umNO/Bn paling takut sekali..
Ayuh!! para pejuang keadilan...tak kira siapa anda..Teruskan gerak kerja..kita tumbangkan umNO/Be End pada pilihanraya yang ke-13 nanti..jangan takut,jangan bimbang..dah menjadi sunnah orang yang berjuang...mesti ada tekanan..kalau tak mahu hadapi tekanan baik pi tidur dan berselimut di rumah...TAKBIR!!!!

Tiada ulasan: