Selasa, April 13, 2010

CALON PR untuk HULU SELANGO - dari PKR Datuk Zaid Ibrahim! Sekilas pandang...

Updated: Selasa April 13, 2010 MYT 4:54:10 PM


Hulu Selangor: PKR Calonkan Zaid Ibrahim
 

PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini menamakan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Zaid Ibrahim sebagai calon yang akan mewakili parti itu pada pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor yang akan berlangsung pada 25 April ini.

Difahamkan pemilihan Zaid dibuat kerana beliau merupakan seorang calon ideal mendapat maklum balas yang baik daripada masyarakat Cina dan India di kawasan itu.

Bekas Ketua Umno Bahagian Kota Bahru itu pernah bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004 atas tiket Barisan Nasional (BN) dan menang selepas kerusi itu dikuasai PAS selama 12 tahun dan setahun di bawah PKR.
Pernah menerajui firma guaman terbesar di Malaysia, Zaid Ibrahim & Co (ZICO).

Beliau dilantik sebagai anggota Kabinet atas kapasiti sebagai senator oleh Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU Mac 2008.

Bagaimanapun pada 15 September tahun 2008 Zaid bertindak meletakkan jawatannya dalam Kabinet selepas dipercayai tidak berpuas hati dengan penahanan tiga individu termasuk seorang wartawan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebelum itu.

Beliau selepas itu mencetuskan kontroversi dalam Umno selepas dilihat secara terbuka menghadiri majlis parti pembangkang dan akhirnya dipecat daripada Umno pada 2 Disember kerana membuat tindakan yang bertentangan dengan etika parti.

Zaid kemudiannya membuat satu lagi keputusan mengejutkan apabila menyertai PKR pada Jun 2009.
-------------------------
yusz : Mudah-mudahan tidak ada lagi kejadian 'lompat melompat' setelah rakyat disajikan dengan 'pengkhianatan oleh mantan Yb PR dari PKR!!

Tiada ulasan: