Arak-ibu maksiat antara punca lelaki hilang kawalan emosi, minda dan mencari wanita untuk memuaskan nafsu.. samada secara sengaja (cth pelacur) atau tidak sengaja (cth merogol)
Hukuman 11 tahun penjara, sebatan ditambah
RASAH 29 April - Tidak berpuas hati dengan hukuman penjara 11 tahun dan sebatan sembilan kali atas kesalahan memeras ugut serta merogol wanita Indonesia, seorang anggota polis mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini.Malangnya, rayuannya bukan sahaja ditolak oleh Hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin malahan hukuman pemenjaraan ditambah tiga tahun lagi manakala sebatan pula ditambah sehingga berjumlah 12 kali.
Itulah nasib yang menimpa Lans Koperal Mohd. Khairul Nizam Abd. Aziz, 36, apabila hakim berkenaan hari ini mengekalkan sabitan bersalah tertuduh atas ketiga-tiga tuduhan yang dihadapinya.
Dalam penghakimannya, Hakim Ahmad Nasfy memberitahu, mahkamah tidak ada sebab untuk menolak keputusan Mahkamah Seksyen kerana keterangan mangsa dianggap kukuh dan relevan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan