Rabu, April 14, 2010

DAP mewakili PR dalam p/raya kecil Parlimen Bandar Sibu!

Pakatan Rakyat di Sabah makin gagah melangkah.. :)
------------------------------------------------------------------
Dzulfikar Mashoor   

KUALA LUMPUR, 14 April: Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat petang tadi sebulat suara bersetuju bahawa calon DAP akan mewakili Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Parlimen Sibu kelak.

Bercakap pada suatu sidang media di Pejabat Ketua Pembangkang, Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, suatu mesyuarat khusus akan diadakan bersama-sama pemimpin Pakatan Rakyat Sarawak untuk menentukan calon terbaik.

"Atas semangat setiakawan, kita putuskan untuk letakkan calon di DAP di (Parlimen) Sibu kelak," ujarnya.

Menurut beliau, suatu mesyuarat khusus akan diadakan di Sarawak pada 18 April depan.

Tiada ulasan: