Gaji pengawal tetap naik
MELAKA 27 April - Kenaikan gaji kepada kira-kira 150,000 pengawal keselamatan di seluruh negara bermula 1 Julai ini tetap akan dikuatkuasakan walaupun segelintir syarikat keselamatan tidak berupaya melaksanakan arahan tersebut.Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, kenaikan tersebut sudah diwartakan dan kerajaan tidak bercadang untuk menangguhkannya hanya kerana beberapa syarikat keselamatan tidak dapat melaksanakannya.
"Kita akan tetap laksanakan kenaikan gaji pengawal keselamatan bermula 1 Julai ini. Jika timbul masalah dan isu-isu tertentu kita akan selesaikan di meja rundingan," katanya.
Khamis lalu, Subramaniam mengumumkan kenaikan gaji pengawal keselamatan antara RM1,100 hingga RM1,450 sebulan bermula 1 Julai ini iaitu kenaikan gaji antara 67 hingga 75 peratus.
--------------
kOMEN YUS : amat-amatlah setuju apa yg kerajaan buat ni.. pada saat nyawa jadi taruhan, usaha utk menarik minat perlu dibuat juga.. antaranya gaji yang baik.. :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan