Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 14 April: Pakatan Rakyat melalui PKR memilih calon pilihan ramai apabila menamakan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya untuk pilihan raya kecil Hulu Selangor. Nama Zaid diumumkan sebagai calon PKR oleh ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Komuniti Serendah malam tadi. Turut serta di majlis itu adalah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan pemimpin kanan DAP Dalam poll (bawah) yang dibuat oleh Harakahdaily, Zaid terbukti menjadi pilihan ramai apabila 55 peratus pengundinya memilih beliau berbanding dua lagi calon yang dinamakan. Zaid mendapat 3723 undi dari 6805 pembaca Harakahdaily yang mengundi dalam poll itu. Zaid, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal undang-undang telah meletakkan jawatannya selepas membantah tindakan kerajaan menahan wartawan dan tokoh politik di bawah ISA tahun lepas. |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, April 14, 2010
Zaid Ibrahim wakil Pakatan Rakyat menentang BN!!!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan