Jumaat, April 16, 2010

Adun Bakar Arang, Kedah keluar PKR jadi BEBAS pada saat p/raya HS tinggal beberapa hari sahaja... Lemah!

Tindakan Adun Bakar Arang keluar PKR tepat pada masanya: TPM(bharian.com.my)

2010/04/15

HULU SELANGOR: Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bakar Arang, Tan Wei Shu, yang keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini dan menjadi wakil Bebas adalah tepat pada masanya, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
 


"Pastinya ialah kerana waktu awal jadi anggota PKR dulu, dia begitu yakin dengan keupayaan Anwar... terpengaruh dengan kata-kata Anwar yang hebat-hebat tetapi dalam tempoh dua tahun sudah dapat menilai siapa Anwar, siapa PKR, apa yang sudah dan boleh mereka lakukan.

"Mereka berasa kecewa perjuangan awal yang disebut dalam PKR kini tidak bermakna apa-apa," katanya.
Tan, 54, berkata keputusannya keluar daripada PKR disebabkan rasa tidak puas hati kerana mendakwa dipermainkan oleh pemimpin parti yang beliau sifatkan sebagai "kacang lupakan kulit".

Berikutan tindakan Tan hari ini, Dewan Undangan Negeri Kedah kini terdiri daripada 16 wakil Pas, 14 wakil BN, tiga PKR, satu DAP dan dua Bebas. - Bernama

Tiada ulasan: