(Dari http://kabilahmerdeka.blogspot.com/)
Tulisan ini bukanlah untuk memburukkan sesiapa, tetapi terpulang kepada persepsi/penilaian anda tentang apa yang diutarakan oleh saya. Saya hanya menghidangkan sesuatu yang telah terhidang di depan kita selama ini, jika ada keburukkan, keburukkan itu terdedah melalui tindakan 'mereka' sendiri.
Umum mengetahui bahawa negara kita secara lahiriah tidak mempunyai hubungan dengan negara Israel. Pendekatan ini diambil kerana negara kita tidak mengiktiraf kewujudan negara haram Israel. Tetapi apabila melihat bendera Israel berkibar megah di ruang udara kita, telah menimbulkan satu persoalan tentang kesungguhan/keberanian/kejujuran/ dalam membela nasib saudara seagama kita di Palestin.
Bendera ini berkibar megah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Khabarnya bendera ini dinaikkan sempena pernyertaan kontijen Israel dalam pentandingan hoki piala dunia yg berlangsung di KL pada satu masa dahulu.
Walau apa pun alasan mereka, ianya tetap mengguris perasaan umat Islam yang membenci kekejaman yahudi zionis.
Bagaimana mereka dibenarkan masuk ke negara kita, sedangkan negara kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka? Melainkan mereka ini rakyat negara lain yang diktiraf tetapi berketurunan yahudi.
Bagaimana mereka dibenarkan masuk ke negara kita, sedangkan negara kita tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan mereka? Melainkan mereka ini rakyat negara lain yang diktiraf tetapi berketurunan yahudi.
Kita tidak membenci kaum, tetapi fahaman yang dianuti mereka. Kerana fahaman inilah lahirnya sebuah negara haram yang bernama Israel!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan