Ahad, April 18, 2010

Lagi Lawatan Orang Sabah ke Negeri Pakatan Rakyat! Rupa-rupanya BN pembohong..

Ahad, 2010 April 18

KELAB PENYOKONG PAS SABAH LAWAT NEGERI KEDAH (http://dppnkedah.blogspot.com)

Seramai 13 orang terdiri daripada Kelab Penyokong PAS Sabah telah mengadakan lawatan muhibbah ke negeri Kedah selama 2 hari bermula 16 hingga 18 April 2010. Rombongan di Ketuai oleh Cikgu Hamid Bakar , YDP PAS Kawasan Putatan turut di sertai oleh Ust Zulhazmi Osman, Naib YDP PAS Kawasan Putatan, En. Antakin Andan, Pengerusi Kelab Penyokong PAS Sabah, En. Mulitin, Pengerusi PASTI untuk bukan Islam dari Kg. Pasuwang Papar serta 9 lagi anggota rombongan lelaki dan wanita.

Kedatangan mereka ke Kedah telah disambut oleh Ust. Mohd Rosli Azmi, Setiausaha DPPPNK dan Ust Rahimin, Penolong Setiausaha DPPNK. Mereka ditempat rumah tetamu PAS Kedah di Kompleks PAS Kedah.

Pihak Dewan Pemuda PAS Kedah telah menyediakan kemudahan yang dan kenderaan sepanjang mereka berada di Kedah.


Antara program yang disusun ialah jamuan makan malam bersama Yb Setiausaha Perhubungan PAS Kedah bersama Dewan Harian DPPNK, Taklimat oleh Urusetia Penerangan Kerajaan Negeri, Lawatan ke Muzium Padi dan juga melawat beberapa projek pertanian dan penternakan di Yan. Mereka juga sempat menikmati keenakkan RFC di Shahab Perdana Alor setar.


Mereka yang tiba dengan Air Asia dari Kota Kinabalu  ke Kuala Lumpur kemudian menaiki keretapi dari Kuala Lumpur ke Alor Setar.
Rombongan tersebut telah bertolak pulang ke Kuala Lumpur seterusnya ke Kota Kinabalu pagi tadi dari lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Setar 
--------------------------------
yusz ulas : Kena labur duit sikit untuk membuka mata orang Sabah tentang penipuan BN selama ini..Syukur orang Iban, Sabah dah sampai ke KL dan Kelantan.. dah tengok macam mana PR memerintah.. jauh langit dengan bumi... 

Tiada ulasan: