Isnin, April 12, 2010

Pak Lah berundur kerana Pakatan Rakyat!


M Faqih   
TUMPAT, 11 April: Pakatan Rakyat bukan sahaja berjaya menafikan majoriti dua pertiga Barisan Nasional (BN) di parlimen, sebaliknya mempercepatkan pengunduran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri.

Anggota Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Kamaruddin Jaffar (gambar) berkata, setahun selepas mengurangkan kuasa majoriti BN di parlimen, Pakatan Rakyat berjaya menjatuhkan Abdullah.

“Ini dua kejayaan dicapai Pakatan yang begitu besar dalam sejarah negara,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Agung PAS Tumpat kali ke-53 di sini, semalam.

Abdullah terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri selepas BN kehilangan kuasa dua pertiga di parlimen pada pilihan raya umum 8 Mac 2008.

Biar pun Umno mendesak Pak Lah berundur awal, namun faktor utama menyebabkan beliau berhenti kerana kehilangan kuasa majoriti dua pertiga di parlimen kepada Pakatan Rakyat.

Kamaruddin yang juga Anggota Parlimen Tumpat berkata, selepas genap 8 Mac 2011, pilihan raya umum ke-13 boleh diadakan pada bila-bila masa sahaja selepas itu.
-----------------
mahkamah- DS najib pulak lepas niii.. hancur! 3x.. hANCUR kEZALIMAN!!

Tiada ulasan: