Jumaat, April 16, 2010

H1N1 - bergerak ke Asrama SBPI Pahang pula.. cepatnya makhluk ni!!!

Kempen terus dijalankan kerajaan.. usaha manusia...
 
  
Makhluk ini bergerak dengan izin Allah.. Tak akan berlaku sesuatu yang diizin Allah tanpa sebab..
-------------------------------------------------

24 pelajar SBPI Kuantan alami simptom H1N1 dikuarantin


2010/04/15

KUANTAN: Seramai 24 pelajar Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Kuantan, di sini mengalami demam dan selsema menyamai simptom jangkitan Influenza A (H1N1).

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Alam Sekitar dan Kesihatan Pahang, Datuk Hoh Khai Mun, berkata kesemua pelajar terbabit kini dikuarantin di dalam bilik asrama sekolah itu.

Tiada ulasan: