Jumaat, April 16, 2010

Adun Bakar Arang-jadi Bebas sebab tidak jadi EXCO?.. itulah, jika dalam hati ada karat..

DS Azizan teruji lagi... DS Anwar kena kuatkan jentera tarbiyah dalam PKR hatta melibatkan Non Muslim..
---------------------------------------------------------

Dzulfikar Mashoor   
KUALA LUMPUR, 15 April: Tindakan Adun Bakar Arang, Tan Wei Shu mengisytiharkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) hari ini kerana kecewa tidak dilantik semula sebagai Exco Kerajaan Negeri Kedah.

Sehubungan itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan bahawa perlantikan Exco kerajaan negeri berdasarkan prestasi.

Setelah digugur sebagai Exco Kedah, Tan Wei Shu (kiri) jadi Bebas. Exco bukan hak, tetapi dipilih berdasar prestasi,” ujarnya.

Pengarah Pemantapan Politik Keanggotaan PKR, Datuk Johari Abdul (kanan) pula tidak menjangka ada sebab lain yang diambil oleh Wei Shu itu keluar parti.


Ditanya tentang punca Wei Shu keluar meninggal PKR, Johari seakan mengaku bahawa beliau merupakan punca bekas Exco Kerajaan Kedah itu bertindak menjadi Adun Bebas.

"Dia mengatakan bahawa dia kecewa dengan saya kerana saya tak sokong dia jadi Exco," jelas beliau ketika dihubungi Harakahdaily petang ini.

Bagaimana pun, beliau berkata, keputusan melantik Adun Sidam, Tan Show Kang menggantikan Wei Shu dalam kerajaan Kedah yang baru tersebut bukan diputuskan oleh beliau secara peribadi.

"Keputusan menggugurkan beliau (dari) menjadi Exco bukan saya yang buat sendiri-sendiri, kepimpinan parti peringkat negeri yang putuskan," jelasnya.
Pun begitu, beliau menafikan bahawa Wei Shu seorang Adun yang bermasalah sewaktu menjawat jawatan Exco sebelum ini.

"Iyalah, Show Kang lebih layak, kita (PKR) berilah peluang kepadanya pula agar (kerajaan) negeri dan Pakatan (Rakyat) makin kuat," jelasnya.
Pada 10 Mac lalu, Wei Shu digugurkan ketika Kerajaan Kedah membuat rombakan Exco.
--------------------------
mahkamah: PKR lagi jadi bebas.. kena perkasakan tarbiyah sokmo ni.. agara tak menjejaskan bilangan dalam DUN...

Tiada ulasan: