Selasa, April 13, 2010

Teknologi- mengurangkan kos+ menjimatkan masa+kurangkan risiko kematian >Teknolgi terkini di UKM!

Pintasan jantung hanya 10 minit
Oleh R Sittamparam
bhnews@bharian.com.my
2010/04/13

PPUKM perkenal teknologi tuai pembuluh darah kurangkan tempoh pembedahan

KUALA LUMPUR: Malaysia mencatat sejarah apabila teknologi penuaian pembuluh darah diperkenalkan oleh Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) yang dijangka mengurangkan tempoh menunggu bagi menjalani pembedahan pintasan jantung. 

Dr Mohd Ramzisham berkata, teknologi baru itu memendekkan masa pembedahan daripada satu jam kepada 10 minit dan tahap pemulihan pula amat pantas dengan pesakit boleh berjalan tidak lama selepas pembedahan.

“Pesakit pula boleh meninggalkan hospital selepas menjalani pembedahan dan rawatan antara empat hingga lima hari berbanding lima ke tujuh hari sebelum ini.

“Ini akan membantu pesakit mengurangkan pembayaran bil hospital dan juga membolehkan pihak hospital melakukan lebih banyak pembedahan pintasan jantung,” katanya ketika ditemui di sini, semalam. 
------------------------------------------
mahkamah : Alhamdulillah... teknologi membantu.. cuma, ramai yang mati tak sempat dibedah kerana masalah kewangan sedang Kerajaan Pusat mempunyai banyak aset.. apa salahnya, pesakit kronik di dalam negara terus dibantu kerajaan.. masalah besar, jika pimpinan negara beranggapan 'duit kerajaan' duit peribadi... dilaburkan hanya kepada projek yang menyumbangkan keuntungan 'poket sendiri'..

Tiada ulasan: