Inna lillah... nampak gaya, kematian disebabkan H1N1 secara diam-diam mencecah 80 orang sudah.. begitu juga denggi serta penyakit bawaan binatang dan haiwan liar... Raja Namrud mati kerana 'nyamuk' sahaja masuk ke telinga.. begitu mudah Allah mematikan kita manusia.. Itu pun tidak rasa 'kerdil' kita di dunia ni... Din Beramboi pun tak sangka begitulah 'khotimah' riwayat hidupnya di dunia... disyaki kena penyakit bawaan bakteria yang berada dalam kehidupan tikus.. Sekarang, kita perlu berhati-hati walaupun terasa 'sakit kerana H1N1 mustahil tejadi kepada diri'...
* **teringat peristiwa kepungan rumah Nabi saw dalam peristiwa Hijrah.. Allah menghantar tenteranya yang bernaman "An- Nu'ass = mengantuk" ke dalam tubuh badan orang-orang Kafir, akhirnya mereka terlena dan MEMBENARKAN Nabi saw keluar dengan selamat melalui celahan kafir Quraisyh yang terlena..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan