Selasa, April 13, 2010

Kemalangan di Tawau- Langgar Lari di Jalan Kunak-Tawau. Pengajaran...

Tiga Maut Dilanggar Treler Ketika Memasang Tayar Kereta 
 
TAWAU: Tiga orang, termasuk dua remaja adik-beradik, terbunuh selepas mereka dilanggar lori treler dalam kejadian langgar lari di kilometer 58, Jalan Kunak-Tawau.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner (ACP) Ibrahim Chin berkata dalam kejadian pada 11 malam semalam, dua remaja yang masing-masing berumur 17 dan 21 tahun itu dilanggar dari belakang ketika melihat pemandu kereta yang mereka naiki sedang menukar tayar.

Katanya pemandu kereta yang berusia 29 tahun itu pula terhumban sejauh 100 meter akibat rempuhan treler itu. Kesemua mereka yang belum dikenali identitinya mati di tempat kejadian.

Ibrahim berkata pemandu treler terbabit terus melarikan diri selepas melanggar mangsa.
-----------------------------------
mahkamah : Inna Lillah.. sukacita diperingatkan agar membaca doa naik kenderaan.. bimbang juga kalau-kalau perjalanan tidak diberkati.. ingatlah Allah semasa dalam kereta.. takut kita asyik akhirnya terlalai.. kalau nak baiki kereta di tepi jalan.. pastikan diri kita jauh dari jalan utama.. baik tukar baju putih atau pastikan memerhati jalan dari masa ke semasa... jangan anggap berhenti di tepi jalan 'glamour'..


Tiada ulasan: