Rabu, April 28, 2010

Akta Komunikasi dan Muktimedia AKM 1998, usaha tetap berterusan..

SKMM tutup 81 laman web lucah
Apr 28, 10 2:11pm
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) menerima 165 aduan dalam tempoh Januari hingga Mac tahun ini berhubung kandungan laman web atau blog yang melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.
Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang Gandum berkata, daripada jumlah tersebut, 90 aduan adalah bagi kandungan lucah, 72 kandungan bersifat mengancam atau jelik dan tiga aduan bagi kandungan berunsur palsu.

"Bagi kandungan bersifat lucah, tindakan siasatan dan sekatan akan dilakukan.

"Selain itu, laporan penyalahgunaan juga akan dihantar kepada moderator laman-laman web sosial seperti Facebook, blogspot dan YouTube,” katanya.

Joseph Salang berkata, SKMM setakat ini telah menutup serta-merta 81 laman web yang didapati menerapkan unsur lucah seperti menyediakan video aksi lucah dan perkongsian cerita lucah dengan teman berbual.

- Bernama

---------------------
Ust Yee : usaha begini memang tidak dpt dinafikan menghadapi kesulitan juga apatah lagi setiap masa, alamat web-web merosakkan aqal ini sering bertukar-tukar... Tahniah Kerajaan!

Tiada ulasan: