Selasa, April 13, 2010

Bayi ditemui dalam tong sampah tidak cukup bulan! SAMPAI BILA KES INI?

Bayi ditemui dalam tong sampah tidak cukup bulan

2010/04/13

KUALA LUMPUR: Hasil bedah siasat terhadap bayi yang ditemui dalam tong sampah di Kampung Tanjung dekat Sungai Choh, Hulu Selangor, kelmarin, mendapati bayi itu dilahirkan tidak cukup bulan.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Norell Azmi Yahya Affandi, berkata siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengesan ibu bapa bayi itu termasuk mendapatkan maklumat daripada klinik terdekat.


“Bedah siasat yang dijalankan di Hospital Kuala Kubu Baru (HKKB) mendapati bayi itu lahir tidak cukup bulan, iaitu lapan bulan sehingga menyebabkan kematiannya. 

“Justeru itu, polis kini sedang mendapatkan maklumat daripada klinik dan hospital terdekat bagi mengesan sama ada suspek ada mendapatkan rawatan daripada mereka,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kelmarin, akhbar melaporkan seorang bayi lelaki dibungkus dengan surat khabar dan masih bertali pusat dipercayai baru dilahirkan dibuang dalam tong sampah sebelum dijumpai seorang kakitangan Majlis Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 8 pagi.
------------------------
YUSZ ; Budak-budak yang mati kena buang 'masuk syurga'.. mak bapak budak-budak tu masuk 'neraka' agaknya... dah lah anak mati, mereka mak ayah yang buang anak ni kalau didapati terlibat membunuh, pun jika dibicara sabit kesalahan pun di dunia kena hukum 'gantung sampai mati' jugak.. walaupun gantung itu bukan Islamik.. namun, ia 'menghilangkan nyawa'.. akhirnya 2 nyawa hilang.. datuk nenek akan hilang cucu dan anak kandung.. TAK FIKIR KAH mak ayah pembunuh bayi yang tak berdosa ni??? :(

Tiada ulasan: