Hashim Abdullah |
TEMERLOH, 13 April: Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dituntut membuat permohonan maaf secara terbuka kepada masyarakat Orang Asli kerana pernah mengeluarkan kenyataan bersifat penghinaan terhadap mereka. Tuntutan oleh masyarakat Orang Asli itu dibuat dalam sidang akhbar khas bersama pimpinan Pakatan Rakyat kawasan Pahang Barat yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, di sini, petang tadi. Shafie pernah membuat kenyataan yang disifatkan Orang Asli sebagai menghina mereka apabila menyifatkan kehadiran kira-kira 2,000 masyarakat mereka di Putrajaya Mac lalu bertujuan untuk berjalan-jalan atau makan angin sedangkan sebenarnya kehadiran mereka untuk memperjuangkan hak. -------------------------------- yusz : Doakan BN pening pada saat p/raya HS tak lama lagi.. BN mesti pening kerana ia akan mencalar kononnya 'rekod bersih' calon mereka atau BN itu sendiri.. Penan/Asli/Iban dan sebagainya walaupun majoriti BUKAN ISLAM, namun hak mereka di dalam Kerajaan yang dipimpin oleh seorang Muslim, mesti diberi perhatian.. Zalim jika pemimpin salah guna kuasa... Bayangkan cara PM kita memerintah dengan Nabi saw memerintah, beza kah??? |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Selasa, April 13, 2010
Bermula Masyarakat Penan Sarawak- Orang Asli Semenanjung, kini Orang Iban Sabah akan menggegarkan KL!
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan