Harakahdaily |
KUALA LUMPUR, 28 April: PAS sedia menerima Parti Kebangsaan Sarawak (Snap) sebagai anggota baru dalam Pakatan Rakyat (PR) walaupun sehingga kini cadangan itu belum lagi dibincang secara rasmi di peringkat pusat. "Walaupun tiada perbincangan rasmi, kami rasa ia tidak ada masalah kerana kita sedia menerima semua parti kecuali yang menyokong Yahudi sahaja," kata Datuk Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS (gambar). Mustafa mengulas pengumuman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru ini yang memberitahu, Snap akan menjadi anggota Pakatan Rakyat. "Tugas pertama Snap adalah untuk memastikan calon Pakatan Rakyat dari DAP menang pilihan raya Sibu," kata Anwar dalam satu majlis. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng telah mengumumkan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng (kanan) sebagai calon Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil Sibu ------------------------- Komen yusz : kita merancang Allah merancang.. jika Snap diterima.. maka ia menunjukkan bahawa PR menuju kegemilangan... sepatutnya Snap tak jadi ikut la.. kan kan.. cayalah Snap! Dulu Snap, Dap lawan BN.. kali ni dijangka Snap + Dap + PKR+PAS Vs BN! Harap-harap BN Be End.. he he |
mahkamah-akhirat.blogspot.com " AYUH BERAMAL SOLEH SEBELUM DIAMBIL NYAWA KITA "
Rabu, April 28, 2010
Snap diterima ketika PR kalah di Hulu Selangor, mengapa?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan