Monday, April 12, 2010
Kelmarin (Isnin 12/4/2010), tepat pada pukul 5.55pm , 10 Orang wakil ratusan peneroka Ulu Kalumpang Landau & Cenderamata Merotai, Tawau, Sabah bertolak ke Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan pemimpin negara di bangunan Parlimen .
Ini adalah rentetan daripada janji Pakatan Rakyat setelah mendengar sendiri keluhan mereka ketika Program Ceramah Umum yang diadakan 16hb Mac yang lalu (di Pasti Merotai Besar, Tawau).
Usaha yang dilakukan ini adalah salah satu daripada usaha yang mereka lakukan dengan bersungguh sungguh untuk mendapatkan kembali hak mereka setelah tanah yang mereka usahakan dirampas begitu sahaja dan kerja kerja memotong dan memusnahkan tanaman hasil titik peluh mereka masih dijalankan oleh kontraktor yang dilantik kerajaan.
Pelbagai janji yang ditaburkan oleh pihak kerajaan tetapi janji tinggal janji kerana tidak ada apa apa pun yang dilakukan.
Mereka akan disambut di Kuala Lumpur oleh jawatankuasa PAS dan mereka akan dibantu untuk berjumpa dengan pemimpin pemimpin negara dari pihak kerajaan dan pakatan rakyat di bangunan parlimen esok.
InsyaAllah , dengan usaha dan doa daripada kita semua kita harap usaha mereka tidak akan sia sia. Keberanian mereka untuk menyuarakan hak mereka akan menjadi contoh terbaik di masa hadapan bahawa rakyat Sabah tidak begitu bodoh untuk terus diperintah oleh kerajaan yang tidak adil kepada rakyatnya.

Antara kezaliman, menutup jalan masuk ke tanah yang diusahakan...
Antara rumah kediaman dan rehat yang dironohkan...
Pelbagai janji yang ditaburkan oleh pihak kerajaan tetapi janji tinggal janji kerana tidak ada apa apa pun yang dilakukan.
Mereka akan disambut di Kuala Lumpur oleh jawatankuasa PAS dan mereka akan dibantu untuk berjumpa dengan pemimpin pemimpin negara dari pihak kerajaan dan pakatan rakyat di bangunan parlimen esok.
InsyaAllah , dengan usaha dan doa daripada kita semua kita harap usaha mereka tidak akan sia sia. Keberanian mereka untuk menyuarakan hak mereka akan menjadi contoh terbaik di masa hadapan bahawa rakyat Sabah tidak begitu bodoh untuk terus diperintah oleh kerajaan yang tidak adil kepada rakyatnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan