Kematian Teoh bukan lambang 'kematian bangsa' tetapi lambang 'keselamatan nyawa rakyat Malaysia'..
Sementara itu Khalid (Ketua Polis Selangor)berkata, empat anggota polis peronda yang terlibat dalam kejadian menembak mati remaja berkenaan telah diarah melakukan kerja-kerja pejabat.
Katanya, keempat-empat anggota polis peronda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam itu akan melakukan kerja-kerja pejabat sehingga siasatan kes yang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan selesai.
Beliau berkata, siasatan akan dijalankan dengan adil dan akan dikendalikan polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor.
"Sementara siasatan sedang dilakukan, kita minta tiada sebarang spekulasi dibuat berhubung kejadian," katanya.
Menurut Khalid, polis akan sentiasa menjalankan tugas dengan penuh amanah dan dedikasi dalam menjaga keamanan negeri dan komited dalam tugas memerangi jenayah demi keselamatan dan keselesaan rakyat.
------------------------
yusz : cuba ssiasat keluarga arwah tu.. pro BN ker pro PR.. kalau pro BN, ngamlah tu.. tak pernah nak faham isu keselamatan.. kes kematian Teoh pun tak setel lagi.. karenah mcm2.. sekarang kena pada anak dia sendiri.. baru padan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan