Isnin, April 05, 2010

Usul M/esyuarat Agung Pas Kawasan Lipis, Pahang> tukar Plantation Felda kepada peneroka!


Hashim Abdullah   
 
KUALA LIPIS, 5 April: PAS kKwasan Lipis menggesa kerajaan segera menukarkan status semua ladang Felda Plantations kepada Felda dengan dimasukkan peneroka bagi meningkatkan sosioekonomi rakyat terutama generasi kedua Felda.

Gesaan itu dibuat dalam usul jawatankerja yang dibentangkan sendiri oleh Timbalan Yang Dipertuannya, Roslan Zainal al Ahmadi dan diterima sebulat suara pada Mesyuarat Agung PAS Lipis Kali ke 42, di Hotel Centerpoint, dekat sini, semalam. Ia telah dirasmikan Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad.

Dalam usulnya, PAS mahu Felda betul-betul berperanan sebagai sebuah agensi yang mampu meningkatkan taraf ekonomi rakyat khasnya kepada orang Melayu generasi kedua Felda dan masyarakat Melayu di kawasan kampung.

Menyedari Felda ditubuhkan untuk membantu meningkatkan taraf ekonomi rakyat khasnya orang-orang Melayu dari kawasan kampung dan pedalaman, Menyedari Felda kini menghadapi masalah sosioekonomi generasi kedua dan ketiga peneroka Felda, dan menyedari generasi belia kini menghadapi krisis keupayaan untuk memiliki rumah, tanah dan sumber pendapatan.

"Maka Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Parlimen Lipis Kali Ke 42 yang bersidang pada hari ini 4 April, 2010 mengesa pihak kerajaan segera menukarkan status semua ladang Felda Plantations kepada Felda yang dimasukkan peneroka,” kata Roslan.
----------------------------------
yusz : usul ini selaras juga dengan tuntutan NGO- Anak.. Takbeer!! Harap BN-Umno, lanun..

Tiada ulasan: